Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Tuesday, September 23, 2014

Kelas Blog Bersama Akademi Denaihati

Alhamdulillah, 

Semalam Allah melapangkan dan melancarkan urusan saya untuk menimba ilmu bersama Akademi Denaihati, atau secara khususnya, bersama Tuan Hadihaizil.

Memang best dan banyak sangat ilmu yang dapat kami belajar. Terutamanya bagi mereka yang ingin sangat belajar kendalian blog bersama Wordpress, memang anda dinasihatkan untuk datang ke kelas ini.

Tuan Hadihaizil memang sangat pemurah dengan ilmunya, jadi kami semua memang berpuas hati dengan segala ilmu yang diberikan :)

Terima kasih pada kak Haridah, yang memperkenalkan saya dengan kelas ini. Saya sangat gembira, kerana bukan saya seorang saja wakil Naila yang datang untuk belajar, malahan saya datang bersama rakan bisnes saya yang tersayang, Kak Zefa. Saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan Ayu, seronok bertukar-tukar pandangan dengan rakan baru ini :)

Kenapa kelas hanya 4 orang? Sebab lebih fokus dapat diberikan jika kita masuk dalam kelas yang sekecil ini :)



Kelas kecil untuk orang berjiwa besar



Tuan Hadihaizil sedang menyampaikan ilmu

Semoga menjadi inspirasi buat Naila Superpower yang lain untuk menghadiri kelas Blog seperti ini di bawah kendalian orang yang pakar dalam bidang ini. Insyaallah, saya memang akan perturunkan segala ilmu kepada anda. Dengan izin Allah, ilmu yang dicurahkan akan digunakan dan disebarkan ke jalan yang baik-baik yang dapat memberikan inspirasi kejayaan dan kebahagiaan pada orang lain di luar sana :)


Beri yang terbaik, anda akan dapat yang lebih baik!


Terima kasih Tuan Hadihaizil atas tunjuk ajar anda :)

Thursday, July 3, 2014

Family Day Naila 2014 yang happening!

Alhamdulillah, pada 14 Jun yang lepas, Kami, Naila Superpower berjaya berkumpul untuk berfamily day dan bertukar cas dan aura positif antara satu sama lain. Memang best! Sangat Best dan nak buat lagi :)

Banner kenangan


Makanan, masyaAllah, sangat banyak! Tak Percaya? Jom tengok gambar di bawah, siap lepas habis acara pun ada aktiviti membungkus makanan macam kenduri tu! Nasib ada kak Zam yang biasa berkenduri dah siap-siap bawak plastik pembungkus makanan sebagai persediaan awal... Bijak, memang bijak!

Lihatlah deretan makanan yang terhidang!

Sambil kita makan, sambil kita bertukar-tukar cas :) Saya pun sempat bagi tips rahsia sukses kepada anak buah tercinta :)

Sayalah mak Naila :)

Diikuti dengan penyampaian amanat oleh Abah Naila :) Sengaja letak skrin shot ni sebab bagi sentimental value sikit :)

Amanat Abah Naila :) 


Dan apa lagi, sesi bertukar cas lah semua! memang best!

Raha dan kak Zam

Sharing dari kak Am

Suriyati dengan kak Rabiatul

Masliani dan Kak Am

Hadiah untuk blogger tegar yang rajin berusaha :)

Sharing dari Ina :)

Supporters yang jadi tulang belakang kami berbisnes
kak Syikin, seorang Hakim, percaya tak?

Rasanya gambar perseorangan ni ramai lagi yang termiss, so saya letakkan gambar semuanya di bawah ini!


Kami, wanita yang berjaya, dunia akhirat, insyaallah!

Alhamdulillah, hanya Allah yang tahu betapa kami sangat bersyukur atas limpahan kurniaNya pada hari itu. Semua orang bersemangat dan enjoy family Day ini! Kami sambung aktiviti ke Pesta Flora Putrajaya yang memang best tu!


Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi!

Mak sayang pada anak-anak Naila semuanya!