Tuesday, September 23, 2014

Kelas Blog Bersama Akademi Denaihati

Alhamdulillah, 

Semalam Allah melapangkan dan melancarkan urusan saya untuk menimba ilmu bersama Akademi Denaihati, atau secara khususnya, bersama Tuan Hadihaizil.

Memang best dan banyak sangat ilmu yang dapat kami belajar. Terutamanya bagi mereka yang ingin sangat belajar kendalian blog bersama Wordpress, memang anda dinasihatkan untuk datang ke kelas ini.

Tuan Hadihaizil memang sangat pemurah dengan ilmunya, jadi kami semua memang berpuas hati dengan segala ilmu yang diberikan :)

Terima kasih pada kak Haridah, yang memperkenalkan saya dengan kelas ini. Saya sangat gembira, kerana bukan saya seorang saja wakil Naila yang datang untuk belajar, malahan saya datang bersama rakan bisnes saya yang tersayang, Kak Zefa. Saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan Ayu, seronok bertukar-tukar pandangan dengan rakan baru ini :)

Kenapa kelas hanya 4 orang? Sebab lebih fokus dapat diberikan jika kita masuk dalam kelas yang sekecil ini :)



Kelas kecil untuk orang berjiwa besar



Tuan Hadihaizil sedang menyampaikan ilmu

Semoga menjadi inspirasi buat Naila Superpower yang lain untuk menghadiri kelas Blog seperti ini di bawah kendalian orang yang pakar dalam bidang ini. Insyaallah, saya memang akan perturunkan segala ilmu kepada anda. Dengan izin Allah, ilmu yang dicurahkan akan digunakan dan disebarkan ke jalan yang baik-baik yang dapat memberikan inspirasi kejayaan dan kebahagiaan pada orang lain di luar sana :)


Beri yang terbaik, anda akan dapat yang lebih baik!


Terima kasih Tuan Hadihaizil atas tunjuk ajar anda :)

Tuesday, August 19, 2014

Apakah Penglibatan Roger Barnett Shaklee Dalam Elie Wisel Foundation dan kegiatan Israel?

Penglibatan Roger Barnett Shaklee dalam Elie Wisel Foundation dikecam hebat oleh penduduk Malaysia amnya dan pengguna Shaklee khususnya.

Entry ini akan memberi jawapan bahawa Roger Barnet dan Shaklee sama sekali tidak menyumbang kepada peperangan yang dilakukan oleh pihak Zionist dan tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kegiatan ini.

Sudah bersedia dengan bahan bukti?

Siapa yang makan Shaklee, beli Shaklee dikatakan menyumbang kepada Israel?

Kenapa? ohhh sebab Shaklee ni asalnya dari Amerika. Amerika adalah penyumbang terbesar kepada kehancuran dan peperangan terutamanya oleh rejim Zionist yang memerangi penduduk Palestine di Gaza.

Ya, Shaklee Corporation adalah pengeluar dan pengedar makanan tambahan semulajadi yang bernutrisi yang berpangkalan di Amerika Syarikat!

Empunya Shaklee Corporation adalah Mr Roger Barnett, yang memegang jawatan sebagai CEO dan Pengerusi Board of Directors Shaklee Corporation sejak 2004 lagi. Roger Barnett adalah seorang Jutawan yang menjadi ahli BOD di dalam 14 syarikat dalam 3 organisasi yang berbeza dan 3 industri yang berbeza!



Yang menyedihkan lagi, Roger Barnett ini telah menjadi Board Of Directors di dalam Elie Wisel Foundation, yang memperjuangkan hak-hak kemanusiaan yang telah dikatakan menjadi penyumbang kepada pembangunan Israel.

Apakah kaitan antara aktivitinya dan profesion Roger Barnett sekarang ini? Roger Barnett sememangnya dikenali oleh mata dunia sebagai seorang yang dermawan dan budiman. Disebabkan itulah banyak badan amal yang mengejar Roger Barnett untuk diundang menjadi Board of Directors badan amal masing-masing. Itu adalah aktiviti kebajikan yang Roger Barnett ceburi untuk mengisi masa lapang di dalam hidupnya.



Kasihan kan Roger Barnett, kerana dilahirkan sebagai penduduk Amerika? Kerana semua penduduk Amerika di saat ini dipersalahkan di atas kematian umat Islam di Palestine.

Kasihan pada Puan Aminah, Encik Abdullah yang takdirnya dilahirkan di Amerika kerana penduduk dunia memandang, semua warganegara Amerika adalah kejam!

Apatah lagi jika Puan Aminah dan Encik Abdullah membuka bisnes di Amerika Syarikat dan bisnes mereka dipulaukan semata-mata kerana mereka berasal dari negara kejam itu.



Nampak tak sebenarnya, kita yang zalim kerana telah menutup rezeki orang lain kerana telah menyamaratakan pandangan bahawa semua penduduk USA adalah zalim dan semua barangan mereka perlu diboikot atas alasan mereka semua menyumbang dari segi pungutan cukai negara. Usah perkatakan tentang cukai yang menjadi tanggungjawab rakyat kepada negara masing masing.

Apakah anda tidak dapat membezakan bahawa individu Amerika dan negara Amerika itu adalah dua perkara yang berbeza?



Mari kita lihat ulasan Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman, seorang penceramah dan tokoh agama yang terkenal dalam bidang sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia ini.

http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/572-hukum-mcdonald-kfc-maxis-a-syarikat-yahudi.html

1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.

2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lainnya.

3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-

i) Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.

ii) Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.

Daripada ulasan Ustaz Dr Zaharuddin di atas, memang sangat jelas yang bisnes penduduk Amerika tidak boleh disamakan dengan "bisnes" negaranya yang telah membantu di dalam peperangan terhadap umat Islam masa kini.


Apatah lagi Shaklee telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang syarikat ini tidak sama sekali terlibat dalam penyumbangan kepada Zionist Israel.

BUKTI DARI SHAKLEE CORPORATION :






Ulasan seterusnya, boleh membaca penulisan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dari artikelnya di sini http://drmaza.com/home/?p=1818 yang memerlukan kita memahami dulu siapakah Yahudi, apakah Israel, siapakah Zionist, yang berpendapat kita tidak anti terhadap INDIVIDU ISRAEL, tetapi menentang Yahudi (Zionist) di atas tindakannya.



Aqsa Syarif, yang memperjuangkan Palestine juga telah memberi penerangan bahawa kita memboikot syarikat yang jelas membantu Israel, bukan memboikot syarikat-syarikat perniagaan USA.

BUKTI DARI ROGER BARNETT :

Roger Barnett sendiri telah membuat pengakuan terbuka bahawa Shaklee sendiri tidak terlibat secra langsung mahupun tidak langsung dalam penyumbangan kepada Israel. Dengarlah pengakuan terbuka nya dengan mata hati dan hayati setiap tutur katanya itu.



http://www.youtube.com/watch?v=Fkg9WKBwpOs



"regardless what people want to say or do, I stand by principle help others to help others and continue to grow.." ~ Roger Shaklee,



Shaklee sememangnya sebuah syarikat yang patuh syariah kerana tidak mengamalkan sistem piramid, tetapi siapa yang berusaha sahaja yang mendapat keuntungan darinya, tiada bonus atas angin, upline goyang kaki tidak berusaha membuat sale, tetapi dapat keuntungan hasil dari downline nya. Buktinya, bonus kita bergantung kepada sale sendiri. Tidak kiralah, jika downline itu usaha lebih, bonus downline adalah lebih besar dari upline dan downline boleh melangkaui rank dan pangkat tanpa sempadan dan meninggalkan upline di tangga bawah jika tiada usaha dari upline itu sendiri. Jika anda ingin penerangan lanjut mengenai bisnes ini boleh hubungi saya untuk penjelasan yang mendalam.



Berdasarkan video di atas, Shaklee memang tidak menyokong mana-mana keganasan dan tidak menyumbang kepada peperangan di Palestine. Sudah cukup bukti ini adalah sangat kukuh untuk dipegang oleh semua.



Buat kita semua, marilah berusaha memperdalamkan diri dengan ilmu, memboikot dengan ilmu, menerima sesuatu pandangan dengan berilmu dan didiklah diri dengan menjadi rajin menuntut ilmu, rajin membaca dan membuat penyelidikan bukan mendengar khabar angin semata-mata tanpa bertanya kepada yang terlibat.



Elakkan dari fitnah facebook, elakkan fitnah media sosial yang merosakkan hati. Tak pasal-pasal kita juga terlibat dalam fitnah secara terbuka ini, tidak kesian kah pada diri?



Jom kita bersihkan hati dengan beristighfar setiap hari dan mendirikan solat taubat setiap malam supaya kita punya hati yang bersih untuk menjalani kehidupan setiap hari.



Saya sangat-sangat menyokong Palestine di Gaza dan saya ada cara yang tersendiri untuk membantu saudara kita di sana. Di sinilah saya menggunakan laluan dari bisnes Shaklee ini. Saya bukan bekerja dengan Shaklee. Saya menjual vitamin semulajadi yang saya tahu keberkesannya dan dari selamatnya vitamin ini kepada organ dan sel badan. Saya berniat untuk membantu anda semua di luar sana supaya dapat hidup sihat dengan sejahtera dan dengan cara berShaklee jugalah saya berusaha menyumbang kepada pembangunan Islam dan ummah.

Jawapan kenapa saya tidak boikot Shaklee ada di sini.

Malas membaca? Jawapan saya tidak memboikot adalah kerana prinsip syarikat itu sendiri dan yang paling utama, saya tahu yang setakat ini, vitamin semulajadi yang terbaik adalah supplement Shaklee. Terbaik bukan kerana ia popular, terbaik kerana ia berkualiti dan berkesan, mendapat pengiktirafan dari PERINGKAT KETIGA, iaitu barisan penyelidik dunia, bukan overclaim dari syarikat semata-mata.

Jika anda masih mahu memboikot tidak mengapa, tetapi apa salahnya anda tidak viralkan fitnah dan berita-berita yang buruk yang mungkin suatu hari nanti memakan diri sendiri?

Hanya kerana ia datang dari US? Bagaimana pula dengan ubat sakit darah tinggi anda, sakit kencing manis anda, sakit demam anda, bukankah ubat sintetik itu datangnya dari US juga?


Semuanya bergantung kepada niat.
Apakah niat anda, hanya ALlah yang tahu. apakah niat saya? Semoga kita tidak berbalah dengan perkara-perkara yang tidak benar yang akhirnya mendatangkan persengketaan antara kita semua. Allahuakbar. Semoga perdamaian yang kita cari, dan kita dapat bertukar fikiran secara terbuka.

Mari sebarkan kebaikan, mari berkongsi segala yang positif kepada semua.

Hanya Allah yang mengetahui segala rahsia alam ini.


Segala salah silap datang dari saya dan yang baik itu semuanya dari ALLAH jua. Wallahualam.

Thursday, August 7, 2014

Di Saat Boikot US, Kenapa Saya Masih Setia Dengan Shaklee?

Di Saat Boikot US, Kenapa Saya Masih Setia Dengan Shaklee?

Shaklee itu produk US, kenapa perlu disokong seteru Islam itu?

Astaghfirullah, hati kecil saya masih lagi beristighfar panjang di hari Jumaat yang mulia ini. Ramai yang was-was dengan produk Shaklee yang lahir dari negara Amerika, mengapa saya masih setia bersamanya?

Pada yang masih setia bersama Shaklee, cuba tanya hati kecil anda, apa yang menyebabkan anda join Shaklee?

Jika anda join sebab Shaklee popular, Shaklee itu trendy, awal-awal saya nak ucapkan selamat tinggal kepada anda semua. Kita takkan dapat apa-apa dari glamournya shaklee itu. Glamournya Shaklee bukan disebabkan rumah yang besar jadi hadiah, kereta mewah jadi ganjaran, tapi glamournya Shaklee kerana ia adalah Vitamin Semulajadi yang berkualiti yang membantu semua orang hidup sihat bertenaga untuk menjalankan kewajipan sebagai hambaNya di dunia.

Kenapa Saya Memilih Shaklee?

Yang Pertama :
1. Kerana Shaklee adalah pengeluar supplement Semulajadi.

Apa itu Vitamin Semulajadi?
Vitamin semulajadi adalah Vitamin yang dihasilkan dari sumber semulajadi, diproses tanpa kehilangan keasliannya untuk berfungsi secara selamat di dalam tubuh badan manusia. Vitamin semulajadi mempunyai keberkesanan sebanyak 3kali ganda berbanding vitamin sintetik.

Apa itu Vitamin Sintetik?
Vitamin Sintetik adalah vitamin yang dihasilkan dari bahan kimia, yang menyerupai nutrisi yang diperlukan olah badan. Kos penghasilan vitamin sintetik lebih murah kerana hanya menggunakan bahan-bahan kimia untuk menyerupai vitamin yang ingin dihasilkan dan tidak perlu menjalani proses yang rumit seperti vitamin semulajadi. perlu ditambah pengawet untuk menjadikannya TAHAN LAMA. juga mengandungi perisa dan pewarna sintetik tambahan untuk membuatkannya sama seperti vitamin semulajadi.

Namun begitu, keberkesanannya adalah kurang berbanding vitamin semulajadi, malahan kurang selamat untuk diserap oleh sel-sel badan.

tetapi
tetapi tetapi

Please jangan salahkan bidang perubatan kerana menghasilkan vitamin sintetik. sebab?

1. Kos boleh dijimatkan
2. Ramai nyawa yang perlu diselamatkan. Jadi, kita berpegang kepada prinsip semoga lebih ramai dapat nutrisi yang diperlukan dengan kos yang murah. Bukan semua orang mampu untuk mendapatkan vitamin semulajadi ini.
3. Lebih bagus makan vitamin sintetik ini DARIPADA LANGSUNG TAK MENDAPAT apa-apa nutrisi dari pemakanan seharian akibat persekitaran, gaya hidup mahupun cara penyediaan makanan ini.

Jadi, bagi sesiapa yang ada kesedaran dan ilmu, mereka ini akan bertukar dan memilih vitamin semulajadi sebagai alternatif utama untuk sihat. Bukan disebabkan trend, tetapi atas kesedaran kesihatan yang amat tinggi.

jadi, memilih Shaklee adalah atas pilihan, bukan trend. Ini adalah pegangan saya.


Kenapa?

Sebab, masa saya buat penyelidikan master di Fakulti Farmasi di sebuah IPTA di Malaysia ini, saya dikehendaki untuk mengumpul segala data mengenai vitamin alternatif yang ada di pasaran untuk mengkaji aktiviti enzim hati yang saya klon kan dari bakteria Escherichia coli. Mengapa perlu saya klonkan enzim hati ini? Sebab kami penyelidik tidak boleh sesuka hati mengambil enzim ini dari hati pesakit aatau hati penderma, ia melibatkan etika perubatan. Banyak prosedur perlu diikuti jika mengambil sampel hati dari pesakit sebenar.

jadi, untuk membantu industri penyelidikan Malaysia dan masyarakat luar umumnya, kami perlu menyediakan bank sampel enzim hati itu sendiri supaya boleh dikaji jenis-jenis ubatan (drugs) dan herba untuk dilihat sama ada enzim itu berinteraksi dengan jenis ubatan yang mana.

Jadi, klon enzim hati yang telah saya hasilkan dengan banyak itu, perlu dikaji adakah ia bekerja sama seperti enzim hati asli di dalam badan kita.

Jadi, melalui pembacaan dan penelitian di rak-rak farmasi, terjumpalah saya dengan Shaklee ini. Kajian harus dibuat ke atas produk-produk yang dipasarkan di farmasi untuk dimasukkan ke dalam kajiaan penyelidikan saya.

Ternyata, penemuan Shaklee menyedarkan saya mengenai APA ITU VITAMIN SEMULAJADI.

Kerana saya memang percaya di dalam silibus pembelajaran, kami tidak diajar mengenai apa itu Vitamin Semulajadi. Tetapi saya tak taulah, kalau bidang medical, belajar mengenai itu semua.


Apa Keistimewaan Shaklee?

Shaklee diasaskan oleh seorang Doktor Perubatan, Dr Bruce Shaklee yang berpendidikan dari The Baylor University College of Dentistry. Dia menyambung pengajian di University of Texas dan mengambil bidang Nutrisi dan Biochemistry sebab majoring utama. Sebagai seorang penyelidik, Dr Bruce Shaklee menghadapi dilemma apabila ditanya oleh pesakit, apakah brand ubat yang terbaik yang perlu saya ambil? Jawabnya, "semua brand ubat adalah sama". Kenapa?

Disebabkan pendedahan DR Bruce Shaklee di dalam bidang nutrisi, pendapat beliau adalah kontra dari doktor-doktor perubatan yang lain. Kerana beliau percaya, yang sel-sel badan perlu mendapat nutrisi yang BETUL dan secukupnya untuk sihat.

Tetapi, menjadi etika kedoktoran, sesuatu penyakit perlu disembuhkan. Jadi, para doktor tidak akan mencadangkan supplement sebagai pelengkap sel, kerana mereka diajar untuk menggunakan ubat-ubatan supaya pesakit menjadi sihat semula. Dr Bruce Shaklee tidak menafikan fungsi ubat, tetapi jauh di sudut hatinya, beliaua lebih percaya bahawa, supplement adalah sesuatu yang penting untuk sihat dari akar umbi.

Beliau berazam untuk menghasilkan sesuatu yang lebih selamat dan terbaik digunakan oleh pesakit-pesakit yang beliau kasihi. Jadi, beliau telah menggariskan bahawa, penemuan beliau mestilah :

1. Produk adalah harmoni dengan persekitaran
2. Produk dicipta secara semulajadi tetapi melalui kaedah sains
3. Bertindak dari segi penyerapan sel yang berkesan
4. Penyelidikan semua supplementnya perlu diterima oleh journal-journal dunia, bermakna produk itu diiktiraf secara menyeluruh oleh pakar-pakar dunia. (Mengurangkan berat sebelah, syok sendiri atau sebagainya).

Disebabkan faktor-faktor di atas, saya memang memilih Shaklee kerana kualitinya.

Adakah supplement SEMULAJADI lain di dunia yang mendapat pengiktirafan pakar-pakar penyelidik satu dunia tanpa bias?

Adakah supplement semulajadi lain di dunia yang ada kajian secara menyeluruh ke atas keberkesanannya?

Adakah supplement-supplement lain yang selamat diserap oleh tubuh badan kita?

Adakah supplement lain berkesan dalam penyerapannya supaya bertindak dengan effektif ke atas seseorang individu?

Setelah lebih 50 tahun, Shaklee bertahan di dunia, ini menunjukkan bahawa produk Shaklee bertahan disebabkan kualiti, bukannya disebabkan popularitinya untuk kepentingan peribadi.

Isu Boikot Shaklee dan US.

1. Pendirian Shaklee

Shaklee telah menyatakan pendirian secara jelas yang syarikat ini tidak menyumbang kepada Israel laknatullah. Fahamkan apa itu Israel, Zionist dan Palestine.





2. Shaklee adalah produk US, jadi semua produk US perlu diboikot.

Shaklee juga menyumbang kepada cukai US, bermakna Shaklee menyumbang kepada kemusnahan Gaza. 

* Shaklee dan US adalah dua entiti yang berbeza. Shaklee adalah sebuah syarikat yang dibuka di negara Amerika, yang kebetulannya orang Amerika mempelopori bisnes ini. Jangan disamakan rakyat dengan kerajaan US kerana tanggungjawab mereka juga adalah membayar cukai, sama seperti kita di Malaysia yang perlu juga membayar cukai, tetapi adakah kita sendiri setuju dengan penegeluaran rokok atau penjualan arak di negara ini? Ini adalah sedikit isu sensitif, tetapi saya cuma buat perbandingan yang senang untuk difikir yang sama situasi yang dihadapi oleh rakyat dan negara. Kita perlu akur terhadap semua keputusan negara, kerana kita adalah rakyat negaranya. 

* Perlukah Shaklee yang telah lama berpangkalan di Amerika berhijrah ke negara lain semata-mata tidak setuju dengan tindakan kerajaannya memerangi Gaza? Perlukah peniaga-peniaga kecil di Amerika Syarikat yang tidak menyokong tindakan kezaliman ini untuk keluar dari negara tersebut? Ini tidak adil bagi mereka yang tidak bersalah, kerana takdir mereka untuk lahir di negara tersebut. Ini menunjukkan, rakyat dan kerajaan adalah dua entiti yang berbeza. Bagaimana pula dengan rakyat US seperti Yusof Islam, Yasmin Mogahed dan Fatih Seferagic dan ramai lagi sebenarnya yang bukan beragama Islam menolak tindakan kerajaan mereka itu? Adakah adil kita memboikot US atau perlukah kita memboikot individu yang membuat kejahatan tersebut? Sama seperti konsep Israel, Palestine dan Zionist.




* Fahami konsep boikot. Mufti Wilayah berpendapat, prinsip boikot ada 2: iaitu :
a) Individu yang menjadi musuh sahaja perlu diboikot
b) Ada alternatif lain yang boleh digunakan untuk diganti barangan boikot tadi.

a) Shaklee telah menyatakan prinsip mereka tidak menyokong Zionist
b) Alternatif : Belum ada supplement semulajadi yang lain yang berkualiti dari segi keberkesanan, selamatnya pada sel badan dan dosage yang mencukupi untuk bertindak dalam badan serta diterima umum oleh pakar-pakar penyelidikan dunia.


3. Isu Roger Barnett dan Israel

Roger Barnett adalah seorang bisnesman yang berpengaruh. Beliau bukan sahaja CEO SHaklee, malahan beliau mempunyai bermacam-macam bisnes yang lain. Beliau memang terkenal dengan aktiviti kebajikan, jadi tidak hairanlah banyak yang menjemput untuk menjadi Board of Director Yayasan mereka. Pendirian Roger Barnett secara individu yang tidak menyokong Zionist tidak akan diambil kira sebagai pendirian Yayasan. Jika benar, Roger Barnet tidak akan berani untuk mengeluarkan arahan kepada suatu badan amal yang terang-terangan membantu Zionist untuk menurunkan LOGO SHAKLEE di dalam website mereka. Kerana ini bukan nya pendirian syarikat, tetapi pendirian Shaklee Independent Distributor itu sendiri. 




Yang kedua, Roger Barnett juga telah mengeluarkan statement mengenai sumber tomato mereka yang bukan datang dari ISrael untuk satu produk terkenal Shaklee. Ini bermakna, jika beliau berani mengeluarkan statement secara terbuka untuk satu dunia, beliau telah menghebahkan prinsip beliau kepada umum.







4. Hak individu untuk menggunakan sumber yang mereka ada.

Katakanlah : "Wahai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apaa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah Untuk mulah agamamu, dan untukku lah agamaku". (Surah al-kafirun).

Apakah prinsip kita? Perlukah kita berdiam diri? Jika Shaklee Independent Distributor yang lain menggunakan sumber mereka untuk Zioninst, mengapa kita tidak menggunakan segala yang ada untuk Palestine?

Kita sebagai muslim, haruslah berusaha menegakkan agama dengan apa jua pertolongan. Apa salahnya dari bising tidak tentu hala, menggunakan sumber kewangan yang kita ada kepada GAZA, dan menjadi penyumbang tetap untuk membantu orang-orang Islam yang memerlukan. 



5. Sentiasa update diri dengan ilmu, dan berlaku adil lah tanpa melibatkan emosi.

Hanya kerana Shaklee syarikat US, dan Roger Barnett adalah penduduk US, kita memboikot mereka tanpa menyelidik point-point di atas? Roger Barnett bukanlah lelaki terkaya di dunia, tetapi disebabkan fenomena Shaklee meluas di dunia media sosial Malaysia, kita terus memboikot tanpa mengikut prinsip boikot yang sebenar.

Kita lupa tentang pendirian Shaklee. Kita mengenepikan keberkesanan dan kualiti supplement Shaklee itu sendiri. Kita gembira apabila sesuatu yang menjadi hebahan popular di facebook berdiam diri, kerana kita berjaya menjadi warrior. 

Bersihkan hati. Sama-samalah beristighfar. 
Fikir dari sudut yang positif di samping mengikut garispanduan yang ditetapkan. Jauhkanlah dari mempercayai fitnah media sosial. Baru sebentar tadi IKIM.fm menemuramah ustaz Engku dan Ustaz Engku memberi pendapat bahawa, sebarang kenyataan dari facebook dan media sosial perlu diselidik dengan cermat dan tidak gopoh.


Berpandukan, mencari ilmu biarlah :
1. direct dari guru, dan guru itu dikenalpasti salasilah perguruannya yang terus dari Rasulullah, kerana sekarang ini sangat banyak fahaman, 
dan
2. berguru juga harus dari kitab. 

Perlu dipegang dua prinsip ini.
Jika kita percaya 100% mesej dari whatsapp yang senang di copy paste dan share menjadi viral, kita menolak prinsip berguru terus dari tuan guru.

Menceduk ilmu perlulah bersandarkan dua prinsip di atas, barulah kita selamat dari fitnah media sosial.

Apa-apa yang diviralkan perlulah diselidik dengan cermat tanpa kegopohan. inilah yang saya garapi dari siaran ikim tadi.

Setelah panjang artikel ini, saya bertanggungjawab atas semua penulisan yang lahir dari hati ini, tanpa bias kepada sesuatu pihak. Segala salah silap boleh dibetulkan dengan etika yang diajar leh Rasulullah s.aw. Saya sedia belajar dan saya masih mencari ilmu, dan kini saya berpegang kepada 2 prinsip tadi, belajar haruslah cermat dari guru dan juga bahan bacaan, bukan salah satu daripadanya.

Artikel ini diperkuatkan dari :
1. Guru saya, Puan Norita dan Encik Zainul Anuar dan Puan Lyna Noh
2. Sumber buku The Shaklee Difference, Bruce Miller, published by Bruce Miller Enterprises Inc, (1995)
juga pengalaman saya di dalam penyelidikan MSC saya.

Yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah. Semoga sharing saya ini membuka mata hati kepada mereka yang inginkan jawapan yang di cari-cari. Bagi saya saya, mudah saja, setiap malam, buatlah solat taubat dan istikharahlah, bertanya pada Allah, jalan mana yang betul dan sentiasa memohon agar dilindungi dari fitnah dunia. Amalkan al-kahfi dan amalkan qunut nazilah. Semoga jalan kebenaran terbuka di depan mata.


Artikel ini saya dedikasi kan buat NAILASuperpower yang YAKIN akan pilihan mereka, yang ingin terus menerus berkongsi kebaikan dengan semua orang. Hanya Allah yang tahu niat kita. Percayalah, yang mahukan keuntungan semata-mata tidak ke mana-mana. Orang yang berjaya adalah orang yang telah berniat sesuatu ke arah kebaikan, dan mempunyai push factor untuk berjaya, yang boleh menyumbang sesuatu kepada keluarga, masyarakat dan agama.


Ikhlas dari saya hamba Allah yang tidak sempurna dan masih bersedia menerima perubahan ke arah kebaikan.

AinulMalik.

Monday, July 21, 2014

Resepi Kek Karamel Coklat yang Sedap

Dah fikir menu apa untuk berbuka nanti?

Sempat lagi ni untuk anda menyediakan kek karamel coklat ni sebab ianya memang mudah, cepat dan ringkas untuk disediakan :) Kalau kata nak mula buat jam 4.30 petang pun sempat lagi ni :) Sebab saya lah tu yang baru nak tengok-tengok resepi, keluarkan semua bahan jam 4.30 petang tu hihi :)

Jom, hari ni saya nak kongsi resepi Kek Karamel Coklat yang pernah saya buat, saya pun refer dari internet sebenarnya, dan bila cuba buat untuk kali pertama memang menjadi, bermakna resepi kek karamel coklat ini memang boleh dipercayai!

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL dari Resepi Ummi

Gambar ihsan https://www.facebook.com/bukuresepi


1. Dua (2) sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan, ratakan permukaan loyang dan sejukkan.

2. Sediakan bahan-bahan karamel :

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 niji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Putarkan sampai sebati, dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula cair tadi dan terus kukus untuk 20-25 minit dan sejukkan

 3. Menyediakan lapisan kek coklat

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • Masukkan dalam periuk, kacau hingga sebati di atas api yang perlahan selama 3-4 minit

  • 4 biji telur diputar/dikisar kalau nak cepat

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Ayakkan bahan-bahan 3 tepung di atas
  • Masukkan bahan yang di ayak ke dalam adunan coklat, diselang seli dengan telur, kacau hingga sebati dan tuang ke atas karamel menggunakan senduk, kukus selama 45-60 minit.

Ha, dah siap! Senang dan mudah bukan? 
Memang serius cepat dan hasilnya tidak mengecewakan anda! Jom hidangkan resepi kek karamel coklat yang sedap ini sebagai hidangan buka puasa hari ini, ataupun pada hari raya nanti!

Tengok, anak-anak saya sukakan kek karamel ini! Maafkanlah, tak sempat nak snap gambar dekat-dekat sebab budak-budak ni dah tak sabar nak makan! Kek dalam gambar ni sebenarnya dah selamat digodek2 oleh tangan-tangan anak-anak syurga saya sebab tu dah tak cantik, yang penting SEDAP!


KEK KEGEMARAN KANAK-KANAK
Karamel saya agak pucat sebab nak cepat takut hangit, next time kite kasik cantik warna karamelnya!


Selamat mencuba!


Salam sayang,

Ainul Malik.

Sunday, July 20, 2014

Masalah Susu Ibu Kurang Membuatkan Stress Berpanjangan; Tips dan Cara Mengatasi

Pada sesiapa yang mengalami masalah kekurangan susu ibu, pastinya akan mewujudkan stress secara tiba-tiba di dalam diri.

Sedih, kecewa, rasa bersalah, down, tension, semua perasaan ini pernah saya alami akibat kekurangan susu badan secara mendadak ketika Amni berusia 5 bulan.

Pada masa itu, saya masih bekerja dan saya memang mengepam susu di pejabat. Tetapi masalah ini tiba-tiba muncul membuatkan perkara ini menjejaskan emosi saya secara total. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila tiba-tiba tidak dapat menyediakan susu yang secukupnya di tempat kerja?

Terbayang sudah di fikiran untuk mencampurkan susu formula pada si anak, tetapi naluri keibuan tetap mengatakan, sabar dahulu, mungkin masalah ini hanya untuk seminggu saja?

Ya, entri kali ni saya kongsikan buat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ibu di tempat kerja. Ya, isu ini saya rasakan sangat sensitif, tetapi dengan niat untuk membantu ibu-ibu di luar sana, apatah lagi, saya melalui keperitan ini melalui pengalaman sendiri, apalah salahnya saya berkongsi perasaan dan tips-tips yang pernah saya lakukan pada masa dahulu untuk mengatasi masalah ini.

Pengalaman saya sebagai ibu menyusu

Untuk anak pertama, saya tidak berjaya menyusukannya secara penuh sehingga usianya setahun lagi. Saya telah mencampurkan susu kepada anak pertama sejak usianya 4 bulan, akibat masalah yang sama iaitu susu saya mulai berkurang.

Oleh itu, untuk anak yang kedua, saya berazam menyusukannya penuh sehingga dua tahun.

Saya telah selidiki apa masalah saya untuk anak yang pertama, iaitu saya kurang melakukan stimulasi. Jadi, untuk persediaan menerima cahayamata kedua, saya telah mengorek ilmu penyusuan badan secara sedalam-dalamnya sehinggalah anak itu lahir dan pencarian ilmu masih diteruskan sepanjang penyusuan.

Alhamdulillah, ternyata semasa berpantang, susu saya untuk anak kedua memang melimpah ruah. Saya hanya mula mengepam susu untuk dijadikan stok pada bulan kedua sebagai persediaan masuk kerja dan saya teruskan penyusuan secara eksklusif sehinggalah ujian Allah datang menimpa, susu badan saya mulai berkurang!

Kesalahan saya pada masa dahulu, adalah saya tidak menyenaraikan apakah masalah-masalah utama saya! Saya hanya mengagak-agak satu persatu masalah saya dan ternyata ia kurang membantu saya untuk mengatasi masalah kekurangan susu badan ini.

Jadi, pada hari ini, saya ingin membantu para ibu yang mengalami masalah kekurangan susu seperti yang saya alami mencari satu persatu masalah yang anda hadapi dan bersegeralah mengatasinya secepat mungkin tanpa melengah-lengahkan tindakan penyelesaian masalah itu.

Masalah yang saya hadapi penyebab kekurangan susu badan


Masalah pertama :
1. Pam susu saya bermasalah

Sebenarnya saya menyedari pam saya mengalami sedikit masalah, iaitu sedutannya mulai berkurang dan tidak seperti dulu. Tetapi entah kenapa saya membiarkan masalah ini berlanjutan, yang menyebabkan masa mengepam susu dari 20 minit menjadi satu jam untuk satu sesi. Itu pun, saya pakai double pam, iaitu medela freestyle yang membolehkan saya menjimatkan masa mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus, jika tidak, saya harus meluangkan masa dua jam untuk mengepam susu badan.

Setelah dibiarkan selama berminggu-minggu, ini menyebabkan susu di dalam badan telah tersekat dan saya mengalami clog duct dan akhirnya bengkak susu.


Masalah kedua
2. Sesi Mengepam susu hanya 2 kali sehari 

Sepanjang bekerja, pada suatu ketika saya telah mengurangkan sesi mengepam susu saya menjadi 2 kali sahaja, iaitu jam 10 pagi dan jam 2 petang sahaja yang kadangkala meleret di bawa hingga ke petang. Ini disebabkan pada suatu ketika itu saya mempunyai jadual mengajar yang sangat penuh dan saya tidak mencuri masa untuk mengepam setiap 2 jam seperti biasa. 


Masalah ketiga
3. Kurang minum air

Dalam kurang sedar, rupa-rupanya pengambilan air saya juga berkurang dari 3 liter sehari, menjadi hanya 1 -2liter sahaja sehari. Ini boleh dilihat dari jumlah air botol yang saya bawa dari rumah. Biasanya saya akan menambah untuk sesi tengahari dan petang, namun pada suatu ketika itu saya hanya menghabiskan 1 botol air sahaja sepanjang hari bekerja.

Jadi, disebabkan ketiga-tiga masalah yang saya cipta sendiri TANPA SAYA SEDAR, saya telah mengalami kekurangan susu yang drastik! Mulalah saya berasa sangat sedih dan kecewa, berfikir-fikir apalah sebenarnya salah saya yang menyebabkan susu badan berkurang. Bila sediah, memang otak asyik berfikir masalah, menyebabkan keadaan diri di pejabat semakin kurang bermaya, produktiviti kerja terganggu, dicampur dengan beban kerja yang banyak, menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan yang besar pada masa itu.

Siapa yang tak sayang anak? Oh, anak baru 5 bulan, manakan boleh ditambah makanan lain sebagai pengganti susu yang mula berkurang ini? Stress!!

Tindakan saya untuk mengatasi masalah ini


Tindakan Pertama
1. Servis pam dan beli pam manual sebagai pengganti

Setelah membiarkan masalah melanda berminggu-minggu, saya hantar juga medela freestlye saya untuk diservis selama seminggu dan pada masa yang sama, saya telah membeli pam alternatif, iatu pam manual dari jenama Unimom, hasil cadangan rakan sekerja.

Ya, setelah sampai pam yang baru, rupa-rupanya susu yang dapat dipam adalah lebih banyak dari musim kegelisahan yang saya alami itu. Ya Allah, terasa bersalahnya pada diri dan anak kerana membiarkan masalah ini berlanjutan, tetapi, padanlah dengan muka sebab jumlah susu yang dipam masih tidak dapat sama dengan jumlah susu yang dipam semasa susu tengah banyak sebelum ini.


Tindakan kedua
2. Berurut

Saya usahakan diri untuk pergi berurut setelah beberapa kali terkena demam bengkak susu. Tindakan saya melengah-lengahkan diri membetulkan pam susu itu menyebabkan susu saya telah mulai berkurang. Memang saya mencari-cari tukang urut di sekitar tempat tinggal saya ini dan pergi berurut lebih dari tiga kali untuk melegakan urat yang bengkak pada payudara saya. Urat yang terjejas sama adalah urat susu di bawah ketiak dan juga di belakang badan.

Jika puan-puan terasa susu mulai lambat mengalir, segeralah mengurut sendiri di bahagian ketiak membawa ke bahagian payudara dan juga rajin-rajinkan diri mengurut di belakang badan, mintalah suami yang tolong urutkan :)


Tindakan ketiga
3. Disiplinkan diri mencari masa mengepam setiap 2-3 jam sepanjang waktu bekerja

Ya, walau apa pun halangan, anda MESTI dan wajib untuk mencuri masa walau macamana sekali pun untuk mengepam setiap 2 jam atau paling lewat 3 jam setiap sesi pengepaman. Tindakan anda melengah-lengahkan sesi mengepam menyebabkan kurang stimulasi dan susu akan mula berkurang.


Tindakan keempat
4. Lebihkan pengambilan air

Ini juga berkaitan dengan disiplin diri. Rajin-rajinkan untuk mengambil 3 liter air sehari dan jangan skip untuk minum air walaupun anda sedang bekerja. Jika terlintas di fikiran, oh air, sila terus minum air itu, nanti bila anda sudah mula fokus bekerja, anda akan lupa untuk minum air! Betul tak puan-puan? 

Ya, jika betul, terus set di kepala, setiap 10minit, berhenti dan minumlah seteguk atau dua teguk air dan ini akan membantu anda untuk mengambil cukup air kosong sepanjang hari bekerja.


Tindakan kelima
5. Ambil pemecah lemak

Saya pilih untuk mengambil lecithin Shaklee untuk memecahkan lemak yang telah terkumpul akibat tindakan melengahkan waktu mengepam susu itu. Ada nampak bezanya bila kita mengambil lecithin dengan tidak mengambil lecithin. Pada saya memang lecithin membantu saya melancarkan pengaliran susu akibat bengkak susu tetapi bagus juga disususli dengan urutan.


Tindakan keenam
6. Berdoa

Ya, Allah, memang pada itu tidak lekang doa di mulut, apa sahaja doa yang didengar untuk memperbanyakkan susu terus saya amalkan. Antara yang menjadi amalan saya ialah :
  1. Surah al-kauthar
  2. Surah al-Baqarah ayat 60
  3. Surah al-hujurat
  4. Surah al-waqiah
  5. Zikir y'a matin 100x
Memang masa ini, saya sangat bersungguh-sungguh meminta diperbanyakkan semula susu dengan penuh sesalan di dada. Ya Allah, terasa sungguh2 bersalah dan terasa betul dengan ujian ini.


Tindakan ketujuh
7. Makan makanan penambah susu

Apa-apa sahaja yang bantu menambahkan susu, saya akan makan. Contohnya lobak putih, kurma, sup berhalba, air horlicks (ya, horlicks memang sangat membantu!), pegaga, jantung pisang dan macam-macam lagilah yang dengar2 boleh perbanyakkan susu badan semua saya makan :) Boleh tengok senarai makanan yang saya ambil untuk menambahkan susu badan di sini.


Tindakan kelapan
8. Disiplin makan supplement

Sebelum ini saya makan supplement ala kadar, sekadar mana yang penting saja, yelah kan, masa tu takde masalah dengan penyusuan, jadi saya akan makan mana yang saya ingat saja. Akibat dari peristiwa ini, saya lebih disiplin dan istiqamah dalam mengambil supplement ini setiap hari dan mengikut aturan yang betul.


Tindakan kesembilan
9. Banyakkan berehat untuk mengurangkan stress

Jika anda rasa anda terlalu penat, take five dan berehatlah. Luangkan masa untuk mengeluarkan emosi tekanan tadi kepada emosi yang menggembirakan. Jika terlalu letih saya memang akan melelapkan mata seketika dan melonggarkan otot-otot badan supaya tidak bertambah tekanan yang dialami pada masa itu.


Tindakan kesepuluh
10. Kerap mandi air panas

Mandi air panas membantu melancarkan susu di dalam badan. Dan ia juga membantu mengurangkan stress badan


Tindakan kesebelas
11. Luangkan lebih masa berharga bersama anak untuk direct feed

Ada ketikanya memang saya mengambil cuti sehari untuk memperbanyakkan direct feed supaya menambahkan lagi stimulasi untuk pengeluaran susu badan kepada si manja tersayang. Inilah antara pengorbanan yang saya buat untuk kesejahteraan anak dan juga ibu yang menyusukan.


Tindakan kedua belas
12. Power pumping

Disiplinkan diri untuk mengamalkan power pumping sekiranya susu sudah menunjukkan mulai berkurang. Jangan malas untuk bangun malam untuk berpower pumping kerana ia akan memberikan hasil yang terbaik untuk hari seterusnya.

Bagaimana power pumping? Power pumping dimulakan pada jam 12 malam, di mana anda mengepam sebelah payudara selama 10 minit dan rehat selama 10 minit. Semasa rehat, tukar pula mengepam payudara sebelah lagi selama 10 minit dan langkah ditukar ke sebelah pula sehingga sejam.

Jika anda menggunakan double pam, lebih mudah! Pamlah kedua2 payudara selama 10 minit, rehat sepuluh minit dan ulang pam 10 minit, rehat 10 minit sehinggalah sejam :) Jika anda rajin melakukan power pumping setiap malam, insyaallah susu akan banyak dihasilkan oleh badan pada hari-hari berikutnya.



Ya, inilah 12 tindakan yang saya ambil yang saya masih ingat sehingga sekarang. Untuk mengembalikan susu ke paras yang normal seperti biasa mengambil masa yang lama juga. Ia memang menjadi pengajaran YANG CUKUP BESAR yang takkan saya lupa sampai bila-bila! Hanya disebabkan saya fikir masalah pam adalah masalah yang remeh, ia telah menjadi masalah yang besar dan memberi kesan yang mendalam terhadap emosi diri sendiri :)


Nasihat saya kepada ibu berpantang untuk mengumpul susu


Ya, nasihat ini saya tujukan buat diri sendiri sebenarnya. Seelok-eloknya sewaktu berpantang, cepat-cepat disiplinkan diri untuk membuat stok susu sebanyak yang mungkin! Buat tanpa sebarang alasan kerana apabila anda mengalami masalah kekurangan susu, anda akan merindui stok-stok susu yang melimpah ruah itu dan mula akan menyesal kerana tidak membuat stok susu.

Simpanlah sebahagian dari susu-susu itu dalam deep freezer seboleh-bolehnya untuk kegunaan anda di waktu kritikal seperti keadaan yang tidak terduga. Misalnya anda terpaksa menghadiri mesyuarat atau sebagainya, daripada sepanjang hari bekerja anda dapat mengepam 4 sesi, anda telah ada stok susu yang banyak di rumah sebagai back up untuk hari itu untuk diberikan kepada si manja, dan pastikan esoknya anda kembali mengepam sebanyak 4 sesi, tanpa mengurangkan sesi mengepam.

Gunalah stok yang paling lama, dan labelkan stok anda kerana stok yang lama juga akan dibazirkan jika anda tidak menggunakannya. jadi, anda perlu bijak menguruskan stok simpanan anda.


Tips untuk memberikan stok susu kepada bayi

Jika anda mengepam sebanyak 4 kali, simpan 2 sebagai stok dan 2 stok lagi diberikan kepada pengasuh hari keesokannya. kerana, bayi anda berhak mendapatkan susu yang agak fresh untuk diminum sepanjang waktu bekerja (waktu siang itu). Pada malam hari, elakkan dari memberi susu simpanan, amalkan direct feed secara total, untuk kepentingan si manja dan sekaligus dapat memperbanyakkan lagi susu badan anda. 


Wah, panjang pula entri kali ini. Semua ini dikeluarkan dari hati mengikut pengalaman saya sendiri. Pengalaman yang berharga ini boleh dijadikan panduan saya sendiri untuk anak ketiga nanti, insyaallah :) eh, berangan pulak, tapi memang peristiwa ini memberi pengajaran yang besar yang tidak boleh saya lupakan seumur hidup saya ini.

Tetapi insyaallah, untuk anak ketiga nanti, saya akan direct feed sebab saya sudah bekerja dari rumah. Ini akan memberikan pengalaman yang baru kepada diri saya pula! Alhamdulillah, saya telah melalui pengalaman anak yang bercampur susu, pengalaman mengumpul stok dan menyusukan semasa bekerja dan insyaallah saya akan kutip pula pengalaman menyusukan anak sepenuhnya secara direct feed selepas ini.

Alhamdulillah, anak saya yang kedua telah setahun 8 bulan, lagi 4 bulan untuk dicukupkan penyusuan ibu sehingga dua tahun. Alhamdulillah, kini apabila Amni bersama saya memang dia terus reject botol susu, jika ada hal yang tidak dapat dielakkan saja seperti dihantar ke pengasuh dan mungkin ketika ketiadaan saya, Amni akan minum botol. Semoga doa saya untuk menyusukan Amni sehingga dua tahun diperkenankan Allah :)


Buat ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu badan, anggaplah satu perkara, Allah turunkan ujian ini buat kita untuk menduga, samada kita kuat atau tidak untuk menggalas tanggungjawab penyusuan kepada anak ataupun tidak. Cekalkan hati, banyakkan berdoa agar Allah sentiasa bersama kita, membantu kita di waktu-waktu sukar ini, banyakkan solat hajat, mengaji, bertaubat memohon keampunan, doa supaya susu dicukupkan mengikut keperluan anak ini. 

Bagi saya, pilihan untuk menyusukan ini di tangan ibu-ibu kerana saya telah berada dalam dua fasa penyusuan, iaitu fasa penyusuan campur dengan anak pertama dan fasa penyusuan ibu dengan anak kedua. Ini membuatkan pemikiran saya lebih terbuka memahami apakah perasaan ibu-ibu untuk kedua-dua maslaah yang dihadapi. Apa yang penting, untuk sekarang saya percaya, semua ibu cukup susunya, cuma tindakan kita dan bagaimana kita menguruskan diri dan masa mempengaruhi sama ada susu anda itu cukup ataupun tidak. apa akan terjadi jika saya biarkan pam saya rosak begitu sahaja? tentu saja saya akan memberi alasan susu saya telah kering seperti apa yang saya alami untuk anak pertama. ya, memang betul kering, kerana apa? kurang stimulasi yang cukup :)

Back to basic, pegang 3 prinsip penyusuan ini untuk berjaya di dalam penyusuan ibu;
  1. Banyakkan stimulasi
  2. Minum air 3 liter
  3. Banyakkan berdoa

Insyaallah, jika dihayati betul-betul 3 prinsip mudah ini dan diaplikasi kepada situasi sebenar, anda pasti akan berjaya! Yakinkan hati, bulatkan tekad wahai ibu-ibu yang kuat!

Sila ambil pengajaran dari cerita saya ini ya mommies! Kerana saya mahu anda semua dapat memberikan susu yang terbaik dan termahal di dunia untuk si manja tersayang, tiada yang dapat menandingi susu ibu ciptaan Allah yang terbaik dengan formulasi yang tidak dapat dicipta di dalam susu formula :)

Amni ku sayang :)



Berikan si manja segala yang terbaik, kerana keceriaan mereka, kebahagian kita :)





Salam kasih sayang,

Ainul Malik

Malaysia 2014 - Muhasabah Diri dan Kembali Kepada Allah

Tahun 2014 adalah tahun yang terlalu banyak peristiwa yang menduga Malaysia... 

Kita semua dikejutkan dengan kehilangan MH370 pada bulan March lepas yang sehingga kini, menjadi tanda tanya dan misteri. Walaupun pelbagai spekulasi dikeluarkan, sukar untuk kita menentukan kebenarannya... 

Tiba pula isu penculikan di Sabah yang bukan sekali berlaku, malah yang terbaru, wang tebusan sebanyak 10 juta diminta untuk membebaskan Konstabel Zakiah Aleip. Tak sunyi daripada ini, beberapa kawasan di Sabah diisytiharkan darurat... Allahuakbar... Semoga kita semua bertabah hati dan bersatu.

Yang paling menyedihkan seluruh negara sekarang ini, adalah terhempasnya MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. MH17 terhempas di Ukraine, sempadan Rusia. Sekali lagi Malaysia Airlines diduga. Tidak selesai dengan MH370, timbul pula isu MH17. Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang dan krew MH17. Sesungguhnya hebat dugaan yang menimpa kita.

2014 masih belum berakhir... tak tahu apa lagi yang menanti kita di hari yang mendatang ini...

Sekarang ini, marilah kita berhenti dan berfikir sejenak..... Semua perkara yang terjadi kepada negara kita... Sebaik-baiknya, ambillah iktibar dan peringatan... Tidakkah kita fikir.. ini semua adalah peringatan kecil daripada Allah.. Kita sudah terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini... Islam dipijak dan terlalu banyak dosa-dosa besar berleluasa di depan mata...

Bangunlah daripada tidur... kita tidak boleh lemah lagi... kasar sangat jika saya katakan.. mungkin suatu hari nanti, negara kita menjadi seperti Gaza... mahukah kita melihat anak-anak kita diratah di bumi sendiri?

Sekarang kita bersenang lenang... memikirkan kita tidak terlibat.. Kita tidak fikir bagaimana saudara-saudara kita di Sabah, pihak berkuasa yang sedang mengawal Sabah di sana... kita tidak nampak... sedarkah kita kini menjadi tumpuan? Silap sikit, haishhhh.... Anda fikirlah...

Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuhz. Doalah supaya hati kita tidak lalai dalam mengingati Allah walau sedetik pun... Mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Jangan kita mati dalam mensyirikkan Allah... sesungguhnya tanpa kita sedari, sekecil-kecil perbuatan dan ingatan mungkin sudah mensyirikkan Allah.

Terpaksa saya menulis ini. Ilmu saya dangkal... tapi menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan jua.. faham atau tidak... itu urusan Allah... hakikatnya kita ini tidak wujud... bagaikan bayang-bayang... Malah keberadaan kita sekarang ini, bukanlah pinjaman daripada Allah... kerana apabila kita kata dipinjamkan bermakna ada dua entiti.. bila kita mengaku adanya kita dan adanya Allah, maka syiriklah kita.. sedangkan yang wujud.. hanya Allah... 

Peganglah kepada konsep ini... berdirinya kita kerana Allah mengizinkan. Jika Allah tidak mengizinkan, mampukah kita berdiri? Berjalan..? berlari..? makan dan sebagainya..? Semuanya adalah dengan kudrat Allah... Kita umpama wayang kulit yang dikawal dan dimainkan... 

Rasa pening... tuntutlah ilmu lagi... yang penting pegang lah kepada konsep, "Jangan sampai ternampak akan adanya diri"... kita ini tidak wujud.. yang wujud hanya Allah.... 
Fahamilah ayat Ù„اَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّاالله. InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki diri untuk mengenal diri dan mengenal Allah... 

Segala kekurangan dan kesilapan, harap tegur dan maafkan.. Sesungguhnya saya masih lagi menuntut ilmu..


Thursday, July 17, 2014

Yahudi, Israel, Zionis dan Boikot Shaklee!

Siapakah Yahudi?


Yahudi adalah suatu Agama yang telah dikhususkan kepada satu bangsa, iaitu BANI Israel. Agama Yahudi yang sebenar tidak berdakwah untuk menarik penganut agama lain masuk ke dalam agama mereka. Agama Yahudi kini, dikatakan dianut oleh orang-orang yang mengaku diri mereka berbangsa Yahudi.

RUJUKAN : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudi


Siapakah Bani Israel?


Bani Israel adalah kaum atau keturunan Yahudi. Ia bermaksud "Hamba Allah" atau "tentera Allah". Gelaran Israel dikurniakan kepada Nabi Yaakub kerana baginda diberkati oleh Allah s.w.t. Bani Israel percaya keesaan Allah s.w.t.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bani_Israel



Siapakah Zionis?


Zionis adalah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh bangsa Yahudi pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Istilah "Zionis" berasal dari perkataan Bukit Zion, iaitu tapak paling suci dalam agama Yahudi, sekarang menjadi tapak Masjid al-Aqsa



Siapakah Aqsa Syariff?


Aqsa Syariff pula adalah satu organisasi sukarelawan dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan NGO. Aqssa Syariff menyebarkan maklumat, memberi bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan kerjasama untuk misi bantuan kepada Palestine.

Rujukan : http://aqsasyarif.org.my/v3/index.php/profil-korporat/pengenalan-sejarah



Apakah pula kaitan dengan Palestine?


Palestine dimiliki Bani Israel, sehingga lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Sehinggalah tanah Palestin dikuasai oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel telah diusir keluar dari sana dan tersebarlah kaum ini ke serata dunia yang kini dikenali sebagai Yahudi.

Sejarah Palestin dan Yahudi yang senang difahami boleh dibaca di sini : http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel/




Apakah isu Israel dan Palestin dan kaitan dengan Yahudi?


Kini, Israel di bawah rejim Zionis menyerang Palestin untuk meluaskan pemerintahan dan sempadannya. Palestin yang asal berjihad untuk menawan kembali Masjid al-Aqsa.

Gaza adalah wilayah yang masih di bawah taklukan Palestine, di bawah pimpinan kerajaan Hamas.




Siapakah yang patut umat Islam tentang?


Sudah tentulah yang perlu kita tentang sekarang adalah rejim Zionis ini yang menamakan negara baru mereka sebagai Negara Israel. Pemimpin Israel adalah Benjamin Netanyahu.



Siapa yang perlu kita, umat Islam boikot?


Untuk mematahkan serangan rejim Zionis ini, kita perlulah mematahkan juga sumber kawangan yang disalurkan terhadap Israel ini, BUKANNYA SEMUA PRODUK YAHUDI.







Adakah Shaklee Menyokong Israel?


Shaklee adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. CEO Shaklee, Roger Barnett bukanlah seorang Yahudi dan pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaklee tidak menyokong atau menyalurkan dana kepada Israel.

Isu yang panas sekarang, dikatakan bahawa Shaklee menyalurkan dana kepada Israel adalah fitnah semata-mata dan anda boleh emel sendiri kepada pihak Shaklee bertanyakan isu ini.


Isu Shaklee dan Israel


Dikatakan telah ramai yang berjumpa dengan satu website iaitu KI yang menyokong Israel dan dikatakan ada lambang Shaklee di situ. Ya, KI itu adalah satu kumpulan yang menyokong Israel yang seorang dari ahlinya adalah Shaklee INDEPENDANT DISTRIBUTOR seperti SAYA.

Menurut pihak Shaklee, mereka memberi kebebasan kepada semua SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR untuk menggunakan bonus-bonus yang diberikan kepada semua pengedar-pengedarnya.

Jadi, sekarang, hak SID itu sendiri untuk menggunakan bonus yang diberikan ke jalan pilihannya.

Analoginya begini; Saya bekerja dengan Syarikat kicap Matahari. Pada hari gaji, saya terima gaji dan saya sedekah gaji saya kepada GAZA. Adakah dikira SYARIKAT KICAP MATAHARI yang memberikan sumbangan kepada Gaza? Jawapannya, TIDAK, bukan? Saya sebagai pekerja yang telah menerima gaji yang menyumbang kepada Gaza.

Jadi, diharapkan fitnah Shaklee menyumbang kepada Israel dihentikan dan kaji dahulu dengan bertanyakan kepada pihak yang sebenar, bukan datang dari buah mulut orang lain semata-mata.

Pencerahan dari Shaklee Mengenai Isu Israel


Shaklee tidak terlibat di dalam aktiviti keagamaan mahupun sebarang parti politik. Shaklee tidak menaja KI. Shaklee juga tidak meletakkan logo syarikat pada website tersebut. Pihak KI telah bersetuju untuk mengeluarkan imej logo syarikat daripada website tersebut.

Statement dari pihak Shaklee berkenaan isu Israel



Jadi, apa peranan kita sebagai umat islam?


Apabila saudara kita ditimpa kesusahan, perlulah dibantu untuk meringankan beban mereka yang menderita. Gaza memang teruk diserang sekarang, tetapi saya tidak dapat mengangkat senjata membantu mereka melawan rejim Zionis itu.

Daya saya sekarang adalah doa dan bantuan dari segi dana kewangan yang sememangnya saya pilih Shaklee sebagai punca rezeki saya yang utama untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis ini.

Saya memang menyeru anda-anda sekalian, buka mata, buka hati, buka minda, pilihlah jalan yang betul untuk membantu saudara-saudara seislam kita, supaya kita sama-sama kuat bersatu terutamanya dari sudut ekonomi untuk menaikkan agama yang kita sanjungi ini.

Terlalu banyak agenda diatur, tetapi pada masa moden ini, kewangan adalah sumber yang utama untuk menentukan jatuh bangunnya sebuah negara. Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan ini.

Lebih penting lagi adalah DOA. Marilah kita semua berdoa agar peperangan ini dihentikan secepat mungkin dan insyaallah, janji ALLAH itu pasti, satu hari nanti kejayaan akan memihak kepada rakyat Palestine. Semoga kita semua menjaga iman, menjaga akhlak dan menjaga ibadah agar ISLAM kuat di mata dunia!

Jom QUNUT NAZILAH! Semoga Israel laknatullah dipatahkan oleh penduduk Palestine dan sekutu-sekutu Islam dengan bantuan Allah.


Ya Allah, penuhilah permintaan kami, bantulah kami yang lemah lagi hina ini, lorongkan kami supaya kami bertemu jalan untuk membantu saudara-saudara seISLAM kami di seluruh dunia, semoga Islam menang di bumi Mu ya Allah.










Wednesday, July 16, 2014

IMPIAN NURJAYA : PROJEK 4 ANGKA

IMPIAN NURJAYA SUMIRAN– PROJEK 4 ANGKA

Assalamualaikum J

Alhamdulillah syukur saya mengenali Shaklee. November 2012 saya didaftarkan sebagai ahli Shaklee oleh sahabat baik saya Pn Amlizan, saya masih ‘zero’ ketika itu. Selang beberapa minggu wujudnya website JomVitamin.com walau tiada fokus halatuju website tersebut. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan Master Lyna Noh dan mengenali blog beliau, barulah saya benar faham peranan website dalam bisnes Shaklee khususnya.

Impian saya paling utama bersama Shaklee adalah untuk berkongsi kelebihan produk Shaklee dengan ramai orang lain di luar sana. Produk Shaklee yang berasaskan semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sementalah ia telah menjalani penyelidikan bertahun-tahun sebelum ia dipasarkan ke seluruh dunia. Penglibatan dalam bidang penyelidikan selama lebih 10 tahun membuka mata saya tentang cabaran dalam menentukan kejayaan hasil sesuatu produk. Justeru saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi manfaatnya dengan orang lain.

Kaya, berjaya dan sihat bersama Shaklee dengan menjana pendapatan 4 angka, 5 angka dengan hanya dari rumah bersama anak-anak pencetus keinginan saya untuk terus bersama Shaklee. Semangat meletus mengimpikan KEBEBASAN hutang, KEBEBASAN kewangan, KEBAHAGIAAN orang-orang tersayang dan terus berbakti pada Mak Abah, INFINITI had zakat dan sedekah secara tidak langsung menambah nilai pada hidup orang lain untuk dunia dan akhirat.
Ameen.




SEMOGA BERJAYA NURJAYA
3rd Downline Saya dari Nor Amlizan Ramli