Thursday, July 3, 2014

Hidupkan Impianmu!

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu, jutaan terima kasih kepada upline saya Puan Ainul Malik yang sudi menjemput saya menjadi sebahagian daripada penulis jemputan dalam blog ini. Semoga setiap patah kata yang kami coretkan mampu sampai ke hati pembaca sekalian. Yang baik itu daripada Allah, yang buruk itu dari kelemahan diri saya sendiri.

----------

Setiap orang pasti ingin berjaya. Dan setiap orang yang berjaya pasti ada impian. Begitu juga saya. Saya ada terlalu banyak impian. Dan impian inilah menggerakkan saya menjadi saya sekarang. Walaupun perlahan, walaupun merangkak, saya amat yakin lambat laun impian saya bakal menjadi kenyataan.


Impian pertama ialah ingin mempunyai bebas kewangan. Saya mahukan pilihan! Saya mahu memilih apa kenderaan yang saya suka, bagaimana rumah yang saya ingin diami, bagaimana cara hidup yang akan saya lalui, dimana anak-anak saya menuntut ilmu, apa anak-anak saya akan jadi, dan sebagainya. Bebas kewangan bukan bermakna kita menjadi kaya untuk diri sendiri, tetapi kita ada pilihan untuk apa yang kita ingin lakukan dengan kekayaan tersebut. Dan yang penting, kita yang pilih, bukan terpaksa memilih.

Impian kedua ialah tentang memberi. Apa yang saya boleh sumbangkan kepada keluarga, masyarakat, agama, negara dan ummah. Saya ingin jadi isteri solehah, ibu penyayang, ahli masyarakat yang prihatin, dan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi ini.

Impian ketiga ialah ingin menyentuh kehidupan orang lain. Saya ingin membantu seramai mungkin wanita, surirumah terutamanya yang tiada pendapatan di luar sana untuk bangun dan keluar dari zon selesa, berusaha untuk mencipta kejayaan, dan menjana pendapatan yang tidak terbatas untuk keselesaan keluarga mereka sendiri. Saya ingin menjadi inspirasi kejayaan kepada mereka dan saya tahu semuanya mesti bermula dengan diri saya sendiri!

Pesanan saya, jika anda terbaca coretan ini, tuliskan apa impian anda, berusaha, berdoa dan yakinlah impian anda akan tercapai. Hidupkan impianmu!

----------

"Ramai manusia mati seawal usia 25 tahun kerana mereka berhenti daripada membina impian" - Benjamin Franklin daripada buku Magnet Diri, Amin Idris (2012)


No comments: