Menjalani tugas harian yang ketat setiap hari sebagai ibu berkerjaya sememangnya sangat mencabar terutama3 anak dara (Nur'ain) yang masih kecil yang memerlukan perhatian yang lebih. Ibu pula hanya dapat meluangkan menghiburkan anak-anak pada waktu malam dan hujung minggu sahaja. Alhamdulillah, ayah seorang yang sangat memahami dan sangat membantu:). Dalam sibuk-sibuk tu, alhamdulillah ibu masih gagah menyusukan Umairah yang sudah berumur 1 tahun 8 bulan.
Disebabkan ibu sibuk dan selalu balik lambat, anak-anak dah mula merungut. Pelbagai rungutan Kak Long atau Kak Ngah menyedarkan ibu. Ini semua gara-gara ibu sering ambil mereka lewat dari rumah pengasuh.
"Ibu ni asyik ambil lambat je amik kitorang" kata Kak Ngah
Kalau ibu datang awal sekali-sekala, punyalah happy anak-anak ini bukan kepalang. Terkedu kadang-kadang mendengar respon anak-anak comel ini. Pilu pun ada.
"Yea! Yea! Ibu amik masa hari cerah" kata Kak Long
Walauapapun, ibu tetap perlu meneruskan perjuangan dalam apa sahaja yang ibu lakukan untuk menjadikan hidup keluarga kita lebih baik. Ibu kena kuat semangat dan badan kena sihat. Untuk Umairah yang masih menyusu, Alfalfa Shaklee ibu ambil untuk pastikan impian menyusukan Umairah sehingga 2 tahun tercapai. Walaupun asalnya makan alfalfa pun nak tercekik-tercekik sebab tak suka makan ubat biji. Memang tak sangka pergi sejauh ini sebab tak pernah anak ibu yang menyusu dengan gaya-gaya yang extraordinary.
Untuk ibu pastikan semuanya berjalan lancer di rumah atau di pejabat, fizikal dan mental ibu perlu terus kuat dan cekal. Jangan cerita la sakit belakang dan kaki yang sering dialami. Pastinya disebabkan sentiasa tegak di depan PC dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini bukan complaint tapi hakikat yang ibu terima sebagai tanggungjawab dan amanah. Ibu dah buat sesuatu untuk ia terus kekal sihat dengan bantuan Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.
Melalui hari-hari ibu berkerjaya membuatkan ibu mencari satu kelainan. Mencari sesuatu diluar tugasan hakiki yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Alhamdulillah anak-anak ibu memang rajin membantu terutama yang memang perlu kita keluar berjalan. Memang korang happy sangat. Shaklee bukan sebarang MLM. Shaklee lebih dari MLM kerana mentor-mentor dan sahabat-sahabat yang positif. Group yang sangat membantu memberi semangat dan berkongi cerita satu sama lain. Sentiasa mengingatkan tentang keimanan dan berserah sepenuhnya pada Allah. Ilmu blogging juga yang dipelajari dari blog sahabat-sahabat.
Dengan ini semua, ibu belajar membina impian yang lebih hebat dari sekarang dengan membaca kisah-kisah ibu-ibu hebat yang lain. Rupanya ibu bukan setakat menjadi ibu berkerjaya tetapi IBU LUAR BIASA.
Lebih menyeronokan memori ke Shaklee pada hari Sabtu 5/7/2014 bila dapat order Performance Drink dari sahabat di pejabat untuk tujuan bersahur. Ibu pergi bersama anak-anak ibu dan ayah ke Shaklee Empire Subang sebab dekat sangat dengan rumah opah. Ayah parking di P2 dan tunggu dalam kereta. Anak-anak je follow ibu.
Kak Ngah yang tersangat excited dengan laju masuk lift tak tunggu ibu dan tiba-tiba.... lift nak tutup. Nasib baik ibu sempat selit kaki kalau tak, tentu ibu menangis kat situ risaukan Kak Ngah. Bila ibu dapat masuk lift, lift pulak rosak. Guard kata naik tangga. Adoi yang terfikir kat otak naik tangga bawa 3 orang anak sampai tingkat 3. Naik-naik sampai tingkat 1 ada pagar. Adoi tak boleh naik ikut tangga sampai 3A. Turun semula ke Ground Floor dan baru tau ada lift lain ke 3A. Kak Long kata "Apalah ibu tak tau ada lift lain" Haha dah penat puasa, memang ibu tak terfikir dah. Memang PENGALAMAN HEBAT bersama anak-anak ke Shaklee.
Ibu perlu UBAH kehidupan kita sekeluarga agar lebih hebat dari sekarang dan membantu orang lain.
- FINANCIAL FREEDOM itu yang paling utama iaitu jauh dari hutang rumah, kereta, festival loan, kad kredit dan segala jenis kredit yang ada.
- AD DHUHA HEALTH & WEALTH mesti diteruskan walau apa juga rintangan yang datang. Shaklee dah selari dengan nama syarikat dan juga aktiviti syarikat yang didaftarkan iaitu Takaful Kenderaan dan Agen Komisen
- Berhenti FIKIR APA ORANG KATA, FIKIR APA LEBIH BAIK UNTUK KELUARGA
- TERUSKAN BINA STRATEGI HEBAT tanpa perlu menoleh lagi apa yang telah terjadi kebelakang.
- Buat perkara baik pada orang sekeliling dengan MEMBINA UKHUWAH. InsyaallahSEMOGA BERJAYA SHIDAH!2nd Downline saya d ari Nurul Wahidah
No comments:
Post a Comment