Nama Saya Nurul Wahidah Azizan. Ibu kepada 3 orang anak. Saya adalah pemilik http://ipohtaiping.blogspot.com/. Seorang pengedar Shaklee yang super awesome.
Impian saya
1) Anak Soleh
cita-cita saya supaya saya dapat mendidik anak-anak saya menjadi anak yang soleh. Di salurkan dengan ilmu-ilmu yang terbaik dan saya MAHU untuk MAMPU menghantar anak-anak saya untuk mendapat ilmu-ilmu baik yang ada dibumi Allah ini di tempat yang adanya ilmu. iMPIAN SAYA SUPAYA ANAK-ANAK SAYA bila besarnya mereka menjadi orang yang bermanfaat kepada Agama Islam. pendokong dan pejuang yang hebat. Dengan ini, saya sangat perlu untuk memdidik dan memberikan ilmu-ilmu terbaik buat anak. Saya sangat mahu menjadi anak yang soleh buat mak dan abah saya. Berusaha menggembirakan mereka dan saya sangat mahu membawa mak dan abah berjalan-jalan ke Negara orang.Saya juga mahu menjadi kakak yang terbaik untuk adik-adik saya ,sentiasa ada saat diperlukan.
SAAT INDAH SAYA DAN ANAK-ANAK DIMASJID NABAWI |
Bersama Mak dan Abah di Beijing |
2)Ilmu Yang Bermanfaat
Saya berharap agar saya dapat menuntut ilmu sebanyak mungkin. atau, saya impikan untuk mempunyai mempunyai sumbangan kewangan yang kukuh yang membolehkan saya menyalurkan dana terbaik untuk institusi ilmu yang memerlukan bantuan. Supaya proses belajar dan mengajar dapat dilakukan dengan baik. Saya tak punyai banyak ilmu untuk mendidik orang. Saya bukan orang hebat dalam ilmu agama. Langsung sedikit ilmu yang saya ada . Harapan saya supaya ada banyak kekuatan untuk membantu dan menyumbang dari pelbagai sudut yang termampu didalam bidang ilmu.
3) Sedekah Jariah
Saya ingin mempunyai sumber kewangan yang kukuh supaya saya lebih banyak memberi dari menerima. Supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Suapaya saya dapat membantu lebih ramai orang. sAYA BERHARAP AGAR DAPAT MENJADI PENYUMBANG KEPADA AGAMA ISLAM..
DUIT BUKAN SEGALANYA NAMUN DENGAN DUIT BOLEH MEMBANTU RAMAI ORANG |
4) Anak Shaklee
Antara Impian saya yang tertinggi, saya mahu lebih ramai anak cucu, cicit dan susur Galur Saya di ladang Gandum Team untuk berjaya dalam Shaklee. dan mereka juga mampu untuk membawa susur galur mereka untuk turut sama berjaya dalam lapangan ini.
Wahai anak cucu susur galur Ladang Gandum Team
Jika anda membaca coretan ini,
Bangunlah!!
saya tau anda hebat
Anda Berkemampuan
Anda boleh dapat lebih lagi!!
Mari keluar dari zon selesa dan BERJUANG!!!
SAYA DAN ANAK-ANAK DI NATIONAL CONFRANCE SHAKLEE. SEMOGA SAYA AKAN MEMBAWA LEBIH RAMAI SUSUR GALUR SAYA DISINI NANTI |
Sebahagian Dari Ahli Keluarga Ladang Gandum Team |
Semoga saya sentiasa berusaha
Semoga Allah Kabulkan impian dan harapan ini ..
Ini Impian.. bukan angan-angan
Saya akan mati. Jika bukan Saat ini , Saat itu akan tiba. Semoga, setiap langkah ini diredhoi Allah
Begitu kerdil untuk mendabik dada.
Nikmat yang diberi adalah Kasih Sayang Tuhan Kepada Hambanya.
Saya mahu menjadi orang yang Di Sayangai Tuhan
DiKasihi Ibu Bapa
Di Cintai oleh anak-anak
Di senangi oleh semua
Semoga Matinya Saya dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah
Semoga Allah sentiasa memberi kemampuan untuk saya menghadapi setiap ujian dan cabaran dengan redho dan besar hati.
SAYA MAHU BERLARI DAN BERLARI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.INSYAALLAH |
Dunia Tempat Berpenat, Akhirat Tempat Berehat
Jika mahu memesan sebarang produk Shaklee, anda boleh Klik Link di bawah
salam Sayang
Wahidah Azizan
012.4698356
#wahidahjutawanjelite
nurwandah@yaho.com
No comments:
Post a Comment