Wednesday, July 9, 2014

IMPIAN HAZRINA NASIR WAHM KAYA & BERJAYA

Assalamualaikum


Bismillahirrahmanirrahim




Saya Norhazrina Binti Muhammad Nasir owner kepada Blossom Widad - The Vitamin Shoppe. Umur saya 31 tahun. Saya berkahwin awal di tahun akhir pengajian di universiti. Lepas graduate saya terus terbang ikut suami dan memulakan hidup di perantauan selama beberapa tahun. We started life from scratch. Daripada tiada apa-apa! Saya tidak pernah bekerja walaupun mempunyai ijazah. Kini saya mempunyai 2 orang anak. Dah 3 tahun kami menetap di Malaysia. Dan saya tetap berbangga dengan status saya sebagai surirumah sepenuh masa. Saya bersyukur atas perjalanan 'karier' saya di rumah. Walaupun kehidupan sentiasa penuh dengan cabaran. Tapi saya bahagia menguruskan suami dan anak-anak dengan tangan saya sendiri. Dan kini saya ingin terus membina impian saya bersama Shaklee. Kerana saya sangat yakin walaupun dengan status official ‘tidak bekerja’, tapi dengan Shaklee tak mustahil saya boleh menjadi seorang yang hebat!

Saya mahu memberikan pendidikan dan kemudahan terbaik buat anak-anak saya. Harapan saya anak-anak saya membesar mencintai Al-Quran, soleh-solehah, berjaya dan bahagia dunia akhirat. Disamping bimbingan daripada rumah, saya percaya kemudahan terbaik mampu membentuk mereka menjadi khalifah yang mampu memimpin, memberi manfaat dan pengajaran kepada ummah. Dan tak dapat dinafikan kemudahan terbaik memerlukan kos yang tinggi. Anak-anak adalah push factor dan motivasi untuk saya keep moving forward! Saya mesti pastikan saya mampu memberikan yang terbaik buat anak-anak saya, insyaAllah.

Saya mahu menggembirakan dan membahagiakan kedua ibu-bapa saya. Saya tahu jasa mereka takkan mampu saya balas. Tapi semoga Allah terus memberikan saya kemampuan dan kesempatan untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu bapa saya dengan kesenangan yang saya ada. Dan saya mampu membawa mereka pergi umrah, haji dan melancong dengan hasil titik peluh saya sendiri, insyaAllah.

Saya mahu mempunyai kemampuan untuk berbuat ibadat dan lebih banyak amal kebajikan tanpa had. Semoga saya mencapai financial freedom dimana ketika itu saya boleh memberi lebih banyak kepada mereja yang memerlukan. Saya mahu menjadi penyokong dan penyumbang kepada pembangunan kemudahan untuk anak-anak kurang upaya, serta fakir dan miskin, insyaAllah.

Saya mahu menjadi hartawan bertakwa yang dermawan supaya kekayaan saya dapat dijadikan aset akhirat yang berterusan. Dan saya mahu kekal dengan status 'Staying At Home Mom' ataupun 'Working At Home Mom' yang menjalani kehidupan simple dan sederhana serta terus membahagiakan suami dan anak-anak serta insan-insan tersayang, insyaAllah.

Akhir sekali impian saya adalah untuk menjadi isteri dan ibu yang solehah, beriman, bertakwa, bersyukur serta kaya dan berjaya. Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka-mereka yang mempunyai impian sama seperti saya dan membantu mereka untuk sama-sama berjaya seperti saya nanti. Semog saya dapat menyentuh dan memberikan nilai tambah dalam kehidupan insan-insan yang tersayang, keluarga, masyarakat dan ummah tanpa batasan, insyaAllah.



Alhamdulillah setakat hari ini Shaklee telah banyak mengubah diri saya dan kehidupan saya. Saya akan terus berusaha untuk pastikan semua impian saya di atas tercapai sebab saya betul-betul mahukan kejayaan ini! insyaAllah!

Amin ya Robbal Alamin!


:)


HAZRINA NASIR [ID 951651]
Call/ SMS/ Whatsapp: 0192692301
Email: blossomwidad@yahoo.com
Facebook Page: Blossom Widad



No comments: