Monday, July 21, 2014

Resepi Kek Karamel Coklat yang Sedap

Dah fikir menu apa untuk berbuka nanti?

Sempat lagi ni untuk anda menyediakan kek karamel coklat ni sebab ianya memang mudah, cepat dan ringkas untuk disediakan :) Kalau kata nak mula buat jam 4.30 petang pun sempat lagi ni :) Sebab saya lah tu yang baru nak tengok-tengok resepi, keluarkan semua bahan jam 4.30 petang tu hihi :)

Jom, hari ni saya nak kongsi resepi Kek Karamel Coklat yang pernah saya buat, saya pun refer dari internet sebenarnya, dan bila cuba buat untuk kali pertama memang menjadi, bermakna resepi kek karamel coklat ini memang boleh dipercayai!

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL dari Resepi Ummi

Gambar ihsan https://www.facebook.com/bukuresepi


1. Dua (2) sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan, ratakan permukaan loyang dan sejukkan.

2. Sediakan bahan-bahan karamel :

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 3 niji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
  • Putarkan sampai sebati, dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula cair tadi dan terus kukus untuk 20-25 minit dan sejukkan

 3. Menyediakan lapisan kek coklat

  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • Masukkan dalam periuk, kacau hingga sebati di atas api yang perlahan selama 3-4 minit

  • 4 biji telur diputar/dikisar kalau nak cepat

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Ayakkan bahan-bahan 3 tepung di atas
  • Masukkan bahan yang di ayak ke dalam adunan coklat, diselang seli dengan telur, kacau hingga sebati dan tuang ke atas karamel menggunakan senduk, kukus selama 45-60 minit.

Ha, dah siap! Senang dan mudah bukan? 
Memang serius cepat dan hasilnya tidak mengecewakan anda! Jom hidangkan resepi kek karamel coklat yang sedap ini sebagai hidangan buka puasa hari ini, ataupun pada hari raya nanti!

Tengok, anak-anak saya sukakan kek karamel ini! Maafkanlah, tak sempat nak snap gambar dekat-dekat sebab budak-budak ni dah tak sabar nak makan! Kek dalam gambar ni sebenarnya dah selamat digodek2 oleh tangan-tangan anak-anak syurga saya sebab tu dah tak cantik, yang penting SEDAP!


KEK KEGEMARAN KANAK-KANAK
Karamel saya agak pucat sebab nak cepat takut hangit, next time kite kasik cantik warna karamelnya!


Selamat mencuba!


Salam sayang,

Ainul Malik.

Sunday, July 20, 2014

Masalah Susu Ibu Kurang Membuatkan Stress Berpanjangan; Tips dan Cara Mengatasi

Pada sesiapa yang mengalami masalah kekurangan susu ibu, pastinya akan mewujudkan stress secara tiba-tiba di dalam diri.

Sedih, kecewa, rasa bersalah, down, tension, semua perasaan ini pernah saya alami akibat kekurangan susu badan secara mendadak ketika Amni berusia 5 bulan.

Pada masa itu, saya masih bekerja dan saya memang mengepam susu di pejabat. Tetapi masalah ini tiba-tiba muncul membuatkan perkara ini menjejaskan emosi saya secara total. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila tiba-tiba tidak dapat menyediakan susu yang secukupnya di tempat kerja?

Terbayang sudah di fikiran untuk mencampurkan susu formula pada si anak, tetapi naluri keibuan tetap mengatakan, sabar dahulu, mungkin masalah ini hanya untuk seminggu saja?

Ya, entri kali ni saya kongsikan buat ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu ibu di tempat kerja. Ya, isu ini saya rasakan sangat sensitif, tetapi dengan niat untuk membantu ibu-ibu di luar sana, apatah lagi, saya melalui keperitan ini melalui pengalaman sendiri, apalah salahnya saya berkongsi perasaan dan tips-tips yang pernah saya lakukan pada masa dahulu untuk mengatasi masalah ini.

Pengalaman saya sebagai ibu menyusu

Untuk anak pertama, saya tidak berjaya menyusukannya secara penuh sehingga usianya setahun lagi. Saya telah mencampurkan susu kepada anak pertama sejak usianya 4 bulan, akibat masalah yang sama iaitu susu saya mulai berkurang.

Oleh itu, untuk anak yang kedua, saya berazam menyusukannya penuh sehingga dua tahun.

Saya telah selidiki apa masalah saya untuk anak yang pertama, iaitu saya kurang melakukan stimulasi. Jadi, untuk persediaan menerima cahayamata kedua, saya telah mengorek ilmu penyusuan badan secara sedalam-dalamnya sehinggalah anak itu lahir dan pencarian ilmu masih diteruskan sepanjang penyusuan.

Alhamdulillah, ternyata semasa berpantang, susu saya untuk anak kedua memang melimpah ruah. Saya hanya mula mengepam susu untuk dijadikan stok pada bulan kedua sebagai persediaan masuk kerja dan saya teruskan penyusuan secara eksklusif sehinggalah ujian Allah datang menimpa, susu badan saya mulai berkurang!

Kesalahan saya pada masa dahulu, adalah saya tidak menyenaraikan apakah masalah-masalah utama saya! Saya hanya mengagak-agak satu persatu masalah saya dan ternyata ia kurang membantu saya untuk mengatasi masalah kekurangan susu badan ini.

Jadi, pada hari ini, saya ingin membantu para ibu yang mengalami masalah kekurangan susu seperti yang saya alami mencari satu persatu masalah yang anda hadapi dan bersegeralah mengatasinya secepat mungkin tanpa melengah-lengahkan tindakan penyelesaian masalah itu.

Masalah yang saya hadapi penyebab kekurangan susu badan


Masalah pertama :
1. Pam susu saya bermasalah

Sebenarnya saya menyedari pam saya mengalami sedikit masalah, iaitu sedutannya mulai berkurang dan tidak seperti dulu. Tetapi entah kenapa saya membiarkan masalah ini berlanjutan, yang menyebabkan masa mengepam susu dari 20 minit menjadi satu jam untuk satu sesi. Itu pun, saya pakai double pam, iaitu medela freestyle yang membolehkan saya menjimatkan masa mengepam kedua-dua belah payudara sekaligus, jika tidak, saya harus meluangkan masa dua jam untuk mengepam susu badan.

Setelah dibiarkan selama berminggu-minggu, ini menyebabkan susu di dalam badan telah tersekat dan saya mengalami clog duct dan akhirnya bengkak susu.


Masalah kedua
2. Sesi Mengepam susu hanya 2 kali sehari 

Sepanjang bekerja, pada suatu ketika saya telah mengurangkan sesi mengepam susu saya menjadi 2 kali sahaja, iaitu jam 10 pagi dan jam 2 petang sahaja yang kadangkala meleret di bawa hingga ke petang. Ini disebabkan pada suatu ketika itu saya mempunyai jadual mengajar yang sangat penuh dan saya tidak mencuri masa untuk mengepam setiap 2 jam seperti biasa. 


Masalah ketiga
3. Kurang minum air

Dalam kurang sedar, rupa-rupanya pengambilan air saya juga berkurang dari 3 liter sehari, menjadi hanya 1 -2liter sahaja sehari. Ini boleh dilihat dari jumlah air botol yang saya bawa dari rumah. Biasanya saya akan menambah untuk sesi tengahari dan petang, namun pada suatu ketika itu saya hanya menghabiskan 1 botol air sahaja sepanjang hari bekerja.

Jadi, disebabkan ketiga-tiga masalah yang saya cipta sendiri TANPA SAYA SEDAR, saya telah mengalami kekurangan susu yang drastik! Mulalah saya berasa sangat sedih dan kecewa, berfikir-fikir apalah sebenarnya salah saya yang menyebabkan susu badan berkurang. Bila sediah, memang otak asyik berfikir masalah, menyebabkan keadaan diri di pejabat semakin kurang bermaya, produktiviti kerja terganggu, dicampur dengan beban kerja yang banyak, menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan yang besar pada masa itu.

Siapa yang tak sayang anak? Oh, anak baru 5 bulan, manakan boleh ditambah makanan lain sebagai pengganti susu yang mula berkurang ini? Stress!!

Tindakan saya untuk mengatasi masalah ini


Tindakan Pertama
1. Servis pam dan beli pam manual sebagai pengganti

Setelah membiarkan masalah melanda berminggu-minggu, saya hantar juga medela freestlye saya untuk diservis selama seminggu dan pada masa yang sama, saya telah membeli pam alternatif, iatu pam manual dari jenama Unimom, hasil cadangan rakan sekerja.

Ya, setelah sampai pam yang baru, rupa-rupanya susu yang dapat dipam adalah lebih banyak dari musim kegelisahan yang saya alami itu. Ya Allah, terasa bersalahnya pada diri dan anak kerana membiarkan masalah ini berlanjutan, tetapi, padanlah dengan muka sebab jumlah susu yang dipam masih tidak dapat sama dengan jumlah susu yang dipam semasa susu tengah banyak sebelum ini.


Tindakan kedua
2. Berurut

Saya usahakan diri untuk pergi berurut setelah beberapa kali terkena demam bengkak susu. Tindakan saya melengah-lengahkan diri membetulkan pam susu itu menyebabkan susu saya telah mulai berkurang. Memang saya mencari-cari tukang urut di sekitar tempat tinggal saya ini dan pergi berurut lebih dari tiga kali untuk melegakan urat yang bengkak pada payudara saya. Urat yang terjejas sama adalah urat susu di bawah ketiak dan juga di belakang badan.

Jika puan-puan terasa susu mulai lambat mengalir, segeralah mengurut sendiri di bahagian ketiak membawa ke bahagian payudara dan juga rajin-rajinkan diri mengurut di belakang badan, mintalah suami yang tolong urutkan :)


Tindakan ketiga
3. Disiplinkan diri mencari masa mengepam setiap 2-3 jam sepanjang waktu bekerja

Ya, walau apa pun halangan, anda MESTI dan wajib untuk mencuri masa walau macamana sekali pun untuk mengepam setiap 2 jam atau paling lewat 3 jam setiap sesi pengepaman. Tindakan anda melengah-lengahkan sesi mengepam menyebabkan kurang stimulasi dan susu akan mula berkurang.


Tindakan keempat
4. Lebihkan pengambilan air

Ini juga berkaitan dengan disiplin diri. Rajin-rajinkan untuk mengambil 3 liter air sehari dan jangan skip untuk minum air walaupun anda sedang bekerja. Jika terlintas di fikiran, oh air, sila terus minum air itu, nanti bila anda sudah mula fokus bekerja, anda akan lupa untuk minum air! Betul tak puan-puan? 

Ya, jika betul, terus set di kepala, setiap 10minit, berhenti dan minumlah seteguk atau dua teguk air dan ini akan membantu anda untuk mengambil cukup air kosong sepanjang hari bekerja.


Tindakan kelima
5. Ambil pemecah lemak

Saya pilih untuk mengambil lecithin Shaklee untuk memecahkan lemak yang telah terkumpul akibat tindakan melengahkan waktu mengepam susu itu. Ada nampak bezanya bila kita mengambil lecithin dengan tidak mengambil lecithin. Pada saya memang lecithin membantu saya melancarkan pengaliran susu akibat bengkak susu tetapi bagus juga disususli dengan urutan.


Tindakan keenam
6. Berdoa

Ya, Allah, memang pada itu tidak lekang doa di mulut, apa sahaja doa yang didengar untuk memperbanyakkan susu terus saya amalkan. Antara yang menjadi amalan saya ialah :
  1. Surah al-kauthar
  2. Surah al-Baqarah ayat 60
  3. Surah al-hujurat
  4. Surah al-waqiah
  5. Zikir y'a matin 100x
Memang masa ini, saya sangat bersungguh-sungguh meminta diperbanyakkan semula susu dengan penuh sesalan di dada. Ya Allah, terasa sungguh2 bersalah dan terasa betul dengan ujian ini.


Tindakan ketujuh
7. Makan makanan penambah susu

Apa-apa sahaja yang bantu menambahkan susu, saya akan makan. Contohnya lobak putih, kurma, sup berhalba, air horlicks (ya, horlicks memang sangat membantu!), pegaga, jantung pisang dan macam-macam lagilah yang dengar2 boleh perbanyakkan susu badan semua saya makan :) Boleh tengok senarai makanan yang saya ambil untuk menambahkan susu badan di sini.


Tindakan kelapan
8. Disiplin makan supplement

Sebelum ini saya makan supplement ala kadar, sekadar mana yang penting saja, yelah kan, masa tu takde masalah dengan penyusuan, jadi saya akan makan mana yang saya ingat saja. Akibat dari peristiwa ini, saya lebih disiplin dan istiqamah dalam mengambil supplement ini setiap hari dan mengikut aturan yang betul.


Tindakan kesembilan
9. Banyakkan berehat untuk mengurangkan stress

Jika anda rasa anda terlalu penat, take five dan berehatlah. Luangkan masa untuk mengeluarkan emosi tekanan tadi kepada emosi yang menggembirakan. Jika terlalu letih saya memang akan melelapkan mata seketika dan melonggarkan otot-otot badan supaya tidak bertambah tekanan yang dialami pada masa itu.


Tindakan kesepuluh
10. Kerap mandi air panas

Mandi air panas membantu melancarkan susu di dalam badan. Dan ia juga membantu mengurangkan stress badan


Tindakan kesebelas
11. Luangkan lebih masa berharga bersama anak untuk direct feed

Ada ketikanya memang saya mengambil cuti sehari untuk memperbanyakkan direct feed supaya menambahkan lagi stimulasi untuk pengeluaran susu badan kepada si manja tersayang. Inilah antara pengorbanan yang saya buat untuk kesejahteraan anak dan juga ibu yang menyusukan.


Tindakan kedua belas
12. Power pumping

Disiplinkan diri untuk mengamalkan power pumping sekiranya susu sudah menunjukkan mulai berkurang. Jangan malas untuk bangun malam untuk berpower pumping kerana ia akan memberikan hasil yang terbaik untuk hari seterusnya.

Bagaimana power pumping? Power pumping dimulakan pada jam 12 malam, di mana anda mengepam sebelah payudara selama 10 minit dan rehat selama 10 minit. Semasa rehat, tukar pula mengepam payudara sebelah lagi selama 10 minit dan langkah ditukar ke sebelah pula sehingga sejam.

Jika anda menggunakan double pam, lebih mudah! Pamlah kedua2 payudara selama 10 minit, rehat sepuluh minit dan ulang pam 10 minit, rehat 10 minit sehinggalah sejam :) Jika anda rajin melakukan power pumping setiap malam, insyaallah susu akan banyak dihasilkan oleh badan pada hari-hari berikutnya.



Ya, inilah 12 tindakan yang saya ambil yang saya masih ingat sehingga sekarang. Untuk mengembalikan susu ke paras yang normal seperti biasa mengambil masa yang lama juga. Ia memang menjadi pengajaran YANG CUKUP BESAR yang takkan saya lupa sampai bila-bila! Hanya disebabkan saya fikir masalah pam adalah masalah yang remeh, ia telah menjadi masalah yang besar dan memberi kesan yang mendalam terhadap emosi diri sendiri :)


Nasihat saya kepada ibu berpantang untuk mengumpul susu


Ya, nasihat ini saya tujukan buat diri sendiri sebenarnya. Seelok-eloknya sewaktu berpantang, cepat-cepat disiplinkan diri untuk membuat stok susu sebanyak yang mungkin! Buat tanpa sebarang alasan kerana apabila anda mengalami masalah kekurangan susu, anda akan merindui stok-stok susu yang melimpah ruah itu dan mula akan menyesal kerana tidak membuat stok susu.

Simpanlah sebahagian dari susu-susu itu dalam deep freezer seboleh-bolehnya untuk kegunaan anda di waktu kritikal seperti keadaan yang tidak terduga. Misalnya anda terpaksa menghadiri mesyuarat atau sebagainya, daripada sepanjang hari bekerja anda dapat mengepam 4 sesi, anda telah ada stok susu yang banyak di rumah sebagai back up untuk hari itu untuk diberikan kepada si manja, dan pastikan esoknya anda kembali mengepam sebanyak 4 sesi, tanpa mengurangkan sesi mengepam.

Gunalah stok yang paling lama, dan labelkan stok anda kerana stok yang lama juga akan dibazirkan jika anda tidak menggunakannya. jadi, anda perlu bijak menguruskan stok simpanan anda.


Tips untuk memberikan stok susu kepada bayi

Jika anda mengepam sebanyak 4 kali, simpan 2 sebagai stok dan 2 stok lagi diberikan kepada pengasuh hari keesokannya. kerana, bayi anda berhak mendapatkan susu yang agak fresh untuk diminum sepanjang waktu bekerja (waktu siang itu). Pada malam hari, elakkan dari memberi susu simpanan, amalkan direct feed secara total, untuk kepentingan si manja dan sekaligus dapat memperbanyakkan lagi susu badan anda. 


Wah, panjang pula entri kali ini. Semua ini dikeluarkan dari hati mengikut pengalaman saya sendiri. Pengalaman yang berharga ini boleh dijadikan panduan saya sendiri untuk anak ketiga nanti, insyaallah :) eh, berangan pulak, tapi memang peristiwa ini memberi pengajaran yang besar yang tidak boleh saya lupakan seumur hidup saya ini.

Tetapi insyaallah, untuk anak ketiga nanti, saya akan direct feed sebab saya sudah bekerja dari rumah. Ini akan memberikan pengalaman yang baru kepada diri saya pula! Alhamdulillah, saya telah melalui pengalaman anak yang bercampur susu, pengalaman mengumpul stok dan menyusukan semasa bekerja dan insyaallah saya akan kutip pula pengalaman menyusukan anak sepenuhnya secara direct feed selepas ini.

Alhamdulillah, anak saya yang kedua telah setahun 8 bulan, lagi 4 bulan untuk dicukupkan penyusuan ibu sehingga dua tahun. Alhamdulillah, kini apabila Amni bersama saya memang dia terus reject botol susu, jika ada hal yang tidak dapat dielakkan saja seperti dihantar ke pengasuh dan mungkin ketika ketiadaan saya, Amni akan minum botol. Semoga doa saya untuk menyusukan Amni sehingga dua tahun diperkenankan Allah :)


Buat ibu-ibu yang mengalami kekurangan susu badan, anggaplah satu perkara, Allah turunkan ujian ini buat kita untuk menduga, samada kita kuat atau tidak untuk menggalas tanggungjawab penyusuan kepada anak ataupun tidak. Cekalkan hati, banyakkan berdoa agar Allah sentiasa bersama kita, membantu kita di waktu-waktu sukar ini, banyakkan solat hajat, mengaji, bertaubat memohon keampunan, doa supaya susu dicukupkan mengikut keperluan anak ini. 

Bagi saya, pilihan untuk menyusukan ini di tangan ibu-ibu kerana saya telah berada dalam dua fasa penyusuan, iaitu fasa penyusuan campur dengan anak pertama dan fasa penyusuan ibu dengan anak kedua. Ini membuatkan pemikiran saya lebih terbuka memahami apakah perasaan ibu-ibu untuk kedua-dua maslaah yang dihadapi. Apa yang penting, untuk sekarang saya percaya, semua ibu cukup susunya, cuma tindakan kita dan bagaimana kita menguruskan diri dan masa mempengaruhi sama ada susu anda itu cukup ataupun tidak. apa akan terjadi jika saya biarkan pam saya rosak begitu sahaja? tentu saja saya akan memberi alasan susu saya telah kering seperti apa yang saya alami untuk anak pertama. ya, memang betul kering, kerana apa? kurang stimulasi yang cukup :)

Back to basic, pegang 3 prinsip penyusuan ini untuk berjaya di dalam penyusuan ibu;
  1. Banyakkan stimulasi
  2. Minum air 3 liter
  3. Banyakkan berdoa

Insyaallah, jika dihayati betul-betul 3 prinsip mudah ini dan diaplikasi kepada situasi sebenar, anda pasti akan berjaya! Yakinkan hati, bulatkan tekad wahai ibu-ibu yang kuat!

Sila ambil pengajaran dari cerita saya ini ya mommies! Kerana saya mahu anda semua dapat memberikan susu yang terbaik dan termahal di dunia untuk si manja tersayang, tiada yang dapat menandingi susu ibu ciptaan Allah yang terbaik dengan formulasi yang tidak dapat dicipta di dalam susu formula :)

Amni ku sayang :)



Berikan si manja segala yang terbaik, kerana keceriaan mereka, kebahagian kita :)





Salam kasih sayang,

Ainul Malik

Malaysia 2014 - Muhasabah Diri dan Kembali Kepada Allah

Tahun 2014 adalah tahun yang terlalu banyak peristiwa yang menduga Malaysia... 

Kita semua dikejutkan dengan kehilangan MH370 pada bulan March lepas yang sehingga kini, menjadi tanda tanya dan misteri. Walaupun pelbagai spekulasi dikeluarkan, sukar untuk kita menentukan kebenarannya... 

Tiba pula isu penculikan di Sabah yang bukan sekali berlaku, malah yang terbaru, wang tebusan sebanyak 10 juta diminta untuk membebaskan Konstabel Zakiah Aleip. Tak sunyi daripada ini, beberapa kawasan di Sabah diisytiharkan darurat... Allahuakbar... Semoga kita semua bertabah hati dan bersatu.

Yang paling menyedihkan seluruh negara sekarang ini, adalah terhempasnya MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. MH17 terhempas di Ukraine, sempadan Rusia. Sekali lagi Malaysia Airlines diduga. Tidak selesai dengan MH370, timbul pula isu MH17. Takziah kepada semua ahli keluarga penumpang-penumpang dan krew MH17. Sesungguhnya hebat dugaan yang menimpa kita.

2014 masih belum berakhir... tak tahu apa lagi yang menanti kita di hari yang mendatang ini...

Sekarang ini, marilah kita berhenti dan berfikir sejenak..... Semua perkara yang terjadi kepada negara kita... Sebaik-baiknya, ambillah iktibar dan peringatan... Tidakkah kita fikir.. ini semua adalah peringatan kecil daripada Allah.. Kita sudah terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini... Islam dipijak dan terlalu banyak dosa-dosa besar berleluasa di depan mata...

Bangunlah daripada tidur... kita tidak boleh lemah lagi... kasar sangat jika saya katakan.. mungkin suatu hari nanti, negara kita menjadi seperti Gaza... mahukah kita melihat anak-anak kita diratah di bumi sendiri?

Sekarang kita bersenang lenang... memikirkan kita tidak terlibat.. Kita tidak fikir bagaimana saudara-saudara kita di Sabah, pihak berkuasa yang sedang mengawal Sabah di sana... kita tidak nampak... sedarkah kita kini menjadi tumpuan? Silap sikit, haishhhh.... Anda fikirlah...

Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuhz. Doalah supaya hati kita tidak lalai dalam mengingati Allah walau sedetik pun... Mati boleh datang pada bila-bila masa sahaja. Jangan kita mati dalam mensyirikkan Allah... sesungguhnya tanpa kita sedari, sekecil-kecil perbuatan dan ingatan mungkin sudah mensyirikkan Allah.

Terpaksa saya menulis ini. Ilmu saya dangkal... tapi menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan jua.. faham atau tidak... itu urusan Allah... hakikatnya kita ini tidak wujud... bagaikan bayang-bayang... Malah keberadaan kita sekarang ini, bukanlah pinjaman daripada Allah... kerana apabila kita kata dipinjamkan bermakna ada dua entiti.. bila kita mengaku adanya kita dan adanya Allah, maka syiriklah kita.. sedangkan yang wujud.. hanya Allah... 

Peganglah kepada konsep ini... berdirinya kita kerana Allah mengizinkan. Jika Allah tidak mengizinkan, mampukah kita berdiri? Berjalan..? berlari..? makan dan sebagainya..? Semuanya adalah dengan kudrat Allah... Kita umpama wayang kulit yang dikawal dan dimainkan... 

Rasa pening... tuntutlah ilmu lagi... yang penting pegang lah kepada konsep, "Jangan sampai ternampak akan adanya diri"... kita ini tidak wujud.. yang wujud hanya Allah.... 
Fahamilah ayat لاَ إِلَهَ إِلَّاالله. InsyaAllah sama-sama kita memperbaiki diri untuk mengenal diri dan mengenal Allah... 

Segala kekurangan dan kesilapan, harap tegur dan maafkan.. Sesungguhnya saya masih lagi menuntut ilmu..


Thursday, July 17, 2014

Yahudi, Israel, Zionis dan Boikot Shaklee!

Siapakah Yahudi?


Yahudi adalah suatu Agama yang telah dikhususkan kepada satu bangsa, iaitu BANI Israel. Agama Yahudi yang sebenar tidak berdakwah untuk menarik penganut agama lain masuk ke dalam agama mereka. Agama Yahudi kini, dikatakan dianut oleh orang-orang yang mengaku diri mereka berbangsa Yahudi.

RUJUKAN : http://ms.wikipedia.org/wiki/Yahudi


Siapakah Bani Israel?


Bani Israel adalah kaum atau keturunan Yahudi. Ia bermaksud "Hamba Allah" atau "tentera Allah". Gelaran Israel dikurniakan kepada Nabi Yaakub kerana baginda diberkati oleh Allah s.w.t. Bani Israel percaya keesaan Allah s.w.t.

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bani_Israel



Siapakah Zionis?


Zionis adalah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh bangsa Yahudi pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Istilah "Zionis" berasal dari perkataan Bukit Zion, iaitu tapak paling suci dalam agama Yahudi, sekarang menjadi tapak Masjid al-Aqsa



Siapakah Aqsa Syariff?


Aqsa Syariff pula adalah satu organisasi sukarelawan dan menjadi pertubuhan bukan kerajaan NGO. Aqssa Syariff menyebarkan maklumat, memberi bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan kerjasama untuk misi bantuan kepada Palestine.

Rujukan : http://aqsasyarif.org.my/v3/index.php/profil-korporat/pengenalan-sejarah



Apakah pula kaitan dengan Palestine?


Palestine dimiliki Bani Israel, sehingga lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Sehinggalah tanah Palestin dikuasai oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel telah diusir keluar dari sana dan tersebarlah kaum ini ke serata dunia yang kini dikenali sebagai Yahudi.

Sejarah Palestin dan Yahudi yang senang difahami boleh dibaca di sini : http://leokid.wordpress.com/2009/01/05/sejarah-palestin-israel/




Apakah isu Israel dan Palestin dan kaitan dengan Yahudi?


Kini, Israel di bawah rejim Zionis menyerang Palestin untuk meluaskan pemerintahan dan sempadannya. Palestin yang asal berjihad untuk menawan kembali Masjid al-Aqsa.

Gaza adalah wilayah yang masih di bawah taklukan Palestine, di bawah pimpinan kerajaan Hamas.




Siapakah yang patut umat Islam tentang?


Sudah tentulah yang perlu kita tentang sekarang adalah rejim Zionis ini yang menamakan negara baru mereka sebagai Negara Israel. Pemimpin Israel adalah Benjamin Netanyahu.



Siapa yang perlu kita, umat Islam boikot?


Untuk mematahkan serangan rejim Zionis ini, kita perlulah mematahkan juga sumber kawangan yang disalurkan terhadap Israel ini, BUKANNYA SEMUA PRODUK YAHUDI.







Adakah Shaklee Menyokong Israel?


Shaklee adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. CEO Shaklee, Roger Barnett bukanlah seorang Yahudi dan pihak syarikat telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaklee tidak menyokong atau menyalurkan dana kepada Israel.

Isu yang panas sekarang, dikatakan bahawa Shaklee menyalurkan dana kepada Israel adalah fitnah semata-mata dan anda boleh emel sendiri kepada pihak Shaklee bertanyakan isu ini.


Isu Shaklee dan Israel


Dikatakan telah ramai yang berjumpa dengan satu website iaitu KI yang menyokong Israel dan dikatakan ada lambang Shaklee di situ. Ya, KI itu adalah satu kumpulan yang menyokong Israel yang seorang dari ahlinya adalah Shaklee INDEPENDANT DISTRIBUTOR seperti SAYA.

Menurut pihak Shaklee, mereka memberi kebebasan kepada semua SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR untuk menggunakan bonus-bonus yang diberikan kepada semua pengedar-pengedarnya.

Jadi, sekarang, hak SID itu sendiri untuk menggunakan bonus yang diberikan ke jalan pilihannya.

Analoginya begini; Saya bekerja dengan Syarikat kicap Matahari. Pada hari gaji, saya terima gaji dan saya sedekah gaji saya kepada GAZA. Adakah dikira SYARIKAT KICAP MATAHARI yang memberikan sumbangan kepada Gaza? Jawapannya, TIDAK, bukan? Saya sebagai pekerja yang telah menerima gaji yang menyumbang kepada Gaza.

Jadi, diharapkan fitnah Shaklee menyumbang kepada Israel dihentikan dan kaji dahulu dengan bertanyakan kepada pihak yang sebenar, bukan datang dari buah mulut orang lain semata-mata.

Pencerahan dari Shaklee Mengenai Isu Israel


Shaklee tidak terlibat di dalam aktiviti keagamaan mahupun sebarang parti politik. Shaklee tidak menaja KI. Shaklee juga tidak meletakkan logo syarikat pada website tersebut. Pihak KI telah bersetuju untuk mengeluarkan imej logo syarikat daripada website tersebut.

Statement dari pihak Shaklee berkenaan isu Israel



Jadi, apa peranan kita sebagai umat islam?


Apabila saudara kita ditimpa kesusahan, perlulah dibantu untuk meringankan beban mereka yang menderita. Gaza memang teruk diserang sekarang, tetapi saya tidak dapat mengangkat senjata membantu mereka melawan rejim Zionis itu.

Daya saya sekarang adalah doa dan bantuan dari segi dana kewangan yang sememangnya saya pilih Shaklee sebagai punca rezeki saya yang utama untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman rejim Zionis ini.

Saya memang menyeru anda-anda sekalian, buka mata, buka hati, buka minda, pilihlah jalan yang betul untuk membantu saudara-saudara seislam kita, supaya kita sama-sama kuat bersatu terutamanya dari sudut ekonomi untuk menaikkan agama yang kita sanjungi ini.

Terlalu banyak agenda diatur, tetapi pada masa moden ini, kewangan adalah sumber yang utama untuk menentukan jatuh bangunnya sebuah negara. Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan ini.

Lebih penting lagi adalah DOA. Marilah kita semua berdoa agar peperangan ini dihentikan secepat mungkin dan insyaallah, janji ALLAH itu pasti, satu hari nanti kejayaan akan memihak kepada rakyat Palestine. Semoga kita semua menjaga iman, menjaga akhlak dan menjaga ibadah agar ISLAM kuat di mata dunia!

Jom QUNUT NAZILAH! Semoga Israel laknatullah dipatahkan oleh penduduk Palestine dan sekutu-sekutu Islam dengan bantuan Allah.


Ya Allah, penuhilah permintaan kami, bantulah kami yang lemah lagi hina ini, lorongkan kami supaya kami bertemu jalan untuk membantu saudara-saudara seISLAM kami di seluruh dunia, semoga Islam menang di bumi Mu ya Allah.










Wednesday, July 16, 2014

IMPIAN NURJAYA : PROJEK 4 ANGKA

IMPIAN NURJAYA SUMIRAN– PROJEK 4 ANGKA

Assalamualaikum J

Alhamdulillah syukur saya mengenali Shaklee. November 2012 saya didaftarkan sebagai ahli Shaklee oleh sahabat baik saya Pn Amlizan, saya masih ‘zero’ ketika itu. Selang beberapa minggu wujudnya website JomVitamin.com walau tiada fokus halatuju website tersebut. Sehinggalah saya diperkenalkan dengan Master Lyna Noh dan mengenali blog beliau, barulah saya benar faham peranan website dalam bisnes Shaklee khususnya.

Impian saya paling utama bersama Shaklee adalah untuk berkongsi kelebihan produk Shaklee dengan ramai orang lain di luar sana. Produk Shaklee yang berasaskan semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan sementalah ia telah menjalani penyelidikan bertahun-tahun sebelum ia dipasarkan ke seluruh dunia. Penglibatan dalam bidang penyelidikan selama lebih 10 tahun membuka mata saya tentang cabaran dalam menentukan kejayaan hasil sesuatu produk. Justeru saya merasakan ia menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi manfaatnya dengan orang lain.

Kaya, berjaya dan sihat bersama Shaklee dengan menjana pendapatan 4 angka, 5 angka dengan hanya dari rumah bersama anak-anak pencetus keinginan saya untuk terus bersama Shaklee. Semangat meletus mengimpikan KEBEBASAN hutang, KEBEBASAN kewangan, KEBAHAGIAAN orang-orang tersayang dan terus berbakti pada Mak Abah, INFINITI had zakat dan sedekah secara tidak langsung menambah nilai pada hidup orang lain untuk dunia dan akhirat.
Ameen.




SEMOGA BERJAYA NURJAYA
3rd Downline Saya dari Nor Amlizan Ramli

IMPIAN SHIDAH : PROJEK 4 ANGKA

Menjalani tugas harian yang ketat setiap hari sebagai ibu berkerjaya sememangnya sangat mencabar terutama3 anak dara (Nur'ain) yang masih kecil yang memerlukan perhatian yang lebih. Ibu pula hanya dapat meluangkan menghiburkan anak-anak pada waktu malam dan hujung minggu  sahaja. Alhamdulillah, ayah seorang yang sangat memahami dan sangat membantu:). Dalam sibuk-sibuk tu, alhamdulillah ibu masih gagah menyusukan Umairah yang sudah berumur 1 tahun 8 bulan.

Disebabkan ibu sibuk dan selalu balik lambat, anak-anak dah mula merungut. Pelbagai rungutan Kak Long atau Kak Ngah menyedarkan ibu. Ini semua gara-gara ibu sering ambil mereka lewat dari rumah pengasuh.
"Ibu ni asyik ambil lambat je amik kitorang" kata Kak Ngah
Kalau ibu datang  awal sekali-sekala, punyalah happy anak-anak ini bukan kepalang. Terkedu kadang-kadang mendengar respon anak-anak comel ini. Pilu pun ada.
"Yea! Yea! Ibu amik masa hari cerah" kata Kak Long

Walauapapun, ibu tetap perlu meneruskan perjuangan dalam apa sahaja yang ibu lakukan untuk menjadikan hidup keluarga kita lebih baik. Ibu kena kuat semangat dan badan kena sihat. Untuk Umairah yang masih menyusu, Alfalfa Shaklee ibu ambil untuk pastikan impian menyusukan Umairah sehingga 2 tahun tercapai. Walaupun asalnya makan alfalfa pun nak tercekik-tercekik sebab tak suka makan ubat biji. Memang tak sangka pergi sejauh ini sebab tak pernah anak ibu yang menyusu dengan gaya-gaya yang extraordinary.

Untuk ibu pastikan semuanya berjalan lancer di rumah atau di pejabat, fizikal dan mental ibu perlu terus kuat dan cekal. Jangan cerita la sakit belakang dan kaki yang sering dialami. Pastinya disebabkan sentiasa tegak di depan PC dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini bukan complaint tapi hakikat yang ibu terima sebagai tanggungjawab dan amanah. Ibu dah buat sesuatu untuk ia terus kekal sihat dengan bantuan Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.

Melalui hari-hari ibu berkerjaya membuatkan ibu mencari satu kelainan. Mencari sesuatu diluar tugasan hakiki yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Alhamdulillah anak-anak ibu memang rajin membantu terutama yang memang perlu kita keluar berjalan. Memang korang happy sangat. Shaklee bukan sebarang MLM. Shaklee lebih dari MLM kerana mentor-mentor dan sahabat-sahabat yang positif. Group yang sangat membantu memberi semangat dan berkongi cerita satu sama lain. Sentiasa mengingatkan tentang keimanan dan berserah sepenuhnya pada Allah. Ilmu blogging juga yang dipelajari dari blog sahabat-sahabat.


    Dengan ini semua, ibu belajar membina impian yang lebih hebat dari sekarang dengan membaca kisah-kisah ibu-ibu hebat yang lain. Rupanya ibu bukan setakat menjadi ibu berkerjaya tetapi IBU LUAR BIASA.

    Lebih menyeronokan memori ke Shaklee pada hari Sabtu 5/7/2014 bila dapat order Performance Drink dari sahabat di pejabat untuk tujuan bersahur. Ibu pergi bersama anak-anak ibu dan ayah ke Shaklee Empire Subang sebab dekat sangat dengan rumah opah. Ayah parking di P2 dan tunggu dalam kereta. Anak-anak je follow ibu.
    Kak Ngah yang tersangat excited dengan laju masuk lift tak tunggu ibu dan tiba-tiba.... lift nak tutup. Nasib baik ibu sempat selit kaki kalau tak, tentu ibu menangis kat situ risaukan Kak Ngah. Bila ibu dapat masuk lift, lift pulak rosak. Guard kata naik tangga. Adoi yang terfikir kat otak naik tangga bawa 3 orang anak sampai tingkat 3. Naik-naik sampai tingkat 1 ada pagar. Adoi tak boleh naik ikut tangga sampai 3A. Turun semula ke Ground Floor dan baru tau ada lift lain ke 3A. Kak Long kata "Apalah ibu tak tau ada lift lain" Haha dah penat puasa, memang ibu tak terfikir dah. Memang PENGALAMAN HEBAT bersama anak-anak ke Shaklee.

    Ibu perlu UBAH kehidupan kita sekeluarga agar lebih hebat dari sekarang dan membantu orang lain.
      • FINANCIAL FREEDOM itu yang paling utama iaitu jauh dari hutang rumah, kereta, festival loan, kad kredit dan segala jenis kredit yang ada.

        • AD DHUHA HEALTH & WEALTH mesti diteruskan walau apa juga rintangan yang datang.  Shaklee dah selari dengan nama syarikat dan juga aktiviti syarikat yang didaftarkan iaitu Takaful Kenderaan dan Agen Komisen
          • Berhenti FIKIR APA ORANG KATA, FIKIR APA LEBIH BAIK UNTUK KELUARGA
            • TERUSKAN BINA STRATEGI HEBAT tanpa perlu menoleh lagi apa yang telah terjadi kebelakang.
              • Buat perkara baik pada orang sekeliling dengan MEMBINA UKHUWAH. Insyaallah




                SEMOGA BERJAYA SHIDAH!
                2nd Downline saya d ari Nurul Wahidah

              Amalan Murah Rezeki dengan Solat Sunat Dhuha

              Salah satu cara amalan murah rezeki adalah dengan menunaikan Solat Sunat Dhuha. Secara amnya, kita tahu bahawa Solat Sunat Dhuha boleh dikerjakan setelah matahari mula menaik segalah sehingga condongnya matahari ke arah barat.

              Walau bagaimanapun, terdapat cara yang lebih tepat untuk mengetahui bila bermulanya Solat Sunat Dhuha. Pada sesetengah orang, mungkin waktu bermulanya solat ini tidak penting, asalkan dilaksanakan dalam pukul 10 pagi ke atas. Namun, ada juga orang yang hendak mengetahui dengan tepat, agar tidak terlalu awal memulakan Solat Sunat Dhuha ini.

              Untuk lebih tepat lagi, waktu Solat Sunat Dhuha boleh dikira berdasarkan ilmu astronomi atau ilmu falak. Cara pengiraan mengikut formula falak ialah seperti berikut:



              Contoh Pengiraan:


              Waktu Syuruk : 7.11 pagi
              Waktu Subuh : 5.48 pagi

              Oleh itu, pengiraan waktu Solat Sunat Dhuha bermula:

              Waktu Syuruk (7.11) + 1/3 (Waktu Syuruk - Waktu Subuh) (7.11 - 5.48)

              = 7.11 + 1/3 (7.11 - 5.48)

              = 7.11 + 1/3 (83 minit)

              = 7.11 + 27.67 (lebih kurang 28 minit)

              7.39 Pagi (Waktu bermulanya Solat Sunat Dhuha).

              Kita sudah tahu waktu bermula. Bilakah waktu Solat Sunat Dhuha paling afdal dikerjakan dan bilakah ia berakhir?

              Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Dhuha ialah pada 2/3 masa selepas bermulanya Solat Sunat Dhuha sehinggalah matahari tegak di atas kepala iaitu lebih kurang 9 minit sebelum masuknya waktu Zuhur.

              Harap perkongsian ini bermanfaat :)

              ARTIKEL OLEH : NURDIANA dari Projek 4 angkahttp://www.kindhearty.blogspot.com