Dah fikir menu apa untuk berbuka nanti?
Sempat lagi ni untuk anda menyediakan kek karamel coklat ni sebab ianya memang mudah, cepat dan ringkas untuk disediakan :) Kalau kata nak mula buat jam 4.30 petang pun sempat lagi ni :) Sebab saya lah tu yang baru nak tengok-tengok resepi, keluarkan semua bahan jam 4.30 petang tu hihi :)
Jom, hari ni saya nak kongsi resepi Kek Karamel Coklat yang pernah saya buat, saya pun refer dari internet sebenarnya, dan bila cuba buat untuk kali pertama memang menjadi, bermakna resepi kek karamel coklat ini memang boleh dipercayai!
RESEPI KEK COKLAT KARAMEL dari Resepi Ummi
1. Dua (2) sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan, ratakan permukaan loyang dan sejukkan.
2. Sediakan bahan-bahan karamel :
3. Menyediakan lapisan kek coklat

Gambar ihsan https://www.facebook.com/bukuresepi |
1. Dua (2) sudu besar gula dicairkan dalam loyang atas api yang perlahan, ratakan permukaan loyang dan sejukkan.
2. Sediakan bahan-bahan karamel :
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 3 niji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- Putarkan sampai sebati, dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula cair tadi dan terus kukus untuk 20-25 minit dan sejukkan
3. Menyediakan lapisan kek coklat
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula
- 1 cawan serbuk koko
- Masukkan dalam periuk, kacau hingga sebati di atas api yang perlahan selama 3-4 minit
- 4 biji telur diputar/dikisar kalau nak cepat
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
- Ayakkan bahan-bahan 3 tepung di atas
- Masukkan bahan yang di ayak ke dalam adunan coklat, diselang seli dengan telur, kacau hingga sebati dan tuang ke atas karamel menggunakan senduk, kukus selama 45-60 minit.
Ha, dah siap! Senang dan mudah bukan?
Memang serius cepat dan hasilnya tidak mengecewakan anda! Jom hidangkan resepi kek karamel coklat yang sedap ini sebagai hidangan buka puasa hari ini, ataupun pada hari raya nanti!
Tengok, anak-anak saya sukakan kek karamel ini! Maafkanlah, tak sempat nak snap gambar dekat-dekat sebab budak-budak ni dah tak sabar nak makan! Kek dalam gambar ni sebenarnya dah selamat digodek2 oleh tangan-tangan anak-anak syurga saya sebab tu dah tak cantik, yang penting SEDAP!
Karamel saya agak pucat sebab nak cepat takut hangit, next time kite kasik cantik warna karamelnya! |
Selamat mencuba!
Salam sayang,
Ainul Malik.
2 comments:
thanks..nak try ah
tryla sebab senang dan cepat je dah boleh makan :D
Post a Comment